Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Sebab Sakit Pinggang Belakang?

PELAKON sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu.

Zul dan Elizabeth Tan berlakon dalam Misteri Dilaila.

 “Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?,” tulisnya di InstaStory.

Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.

Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.


Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.

Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.

“Muzik video baru kalau tak panggil I siap!,” tulisnya lagi.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Isu foto ‘anu’ tersebar, tiga orang miliki kata laluan Instagram Zul Ariffin

PELAKON sensasi Zul Ariffin menjelaskan tidak lebih tiga individu memiliki kata laluan untuk akaun Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, katanya, tiga individu tersebut tidak termasuk bekas kekasihnya iaitu pelakon Zahirah MacWilson.

“Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini.

“Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya,” ujarnya kepada mStar Online, pada Rabu.

Zul ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic di sini, pada Rabu.

Awal minggu lalu Instagram pelakon filem J Revolusi itu dipeercayai digodam individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik foto alat sulit lelaki.

Namun, foto tersebut dipadam dalam tempoh dua minit selepas ia dikongsi kepada umum.

Zul menambah, dia akan lebih berhati-hati dan akan kerap menukar kata laluan media sosialnya bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang kembali.

“Sedikit sebanyak perkara ini buat saya dipandang serong masyarakat, saya belajar dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang baharu sahaja mengumumkan putus cinta ini mengakui kehidupannya kini lebih gembira.

Katanya, dia bebas bergandingan dengan siapa sahaja tanpa meminta izin daripada pihak berkenaan bagi menjaga hati.

“Gembira, ya sangat gembira sekarang. Saya inginkan masa untuk diri saya sendiri. Tiada apa yang ingin difikirkan hanya kerja dan menyibukkan diri.

“Saya juga tidak perlu minta kebenaran untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *