Zahid Hamidi Tanya 1 Soalan Kepada Hishamuddin Tentang 1MDB, Ini Jawapan ‘PADU’ Datuk Seri Hishamuddin

‘Hormati siasatan pada Najib, selagi waktu sesuai’

Pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak perlu menghormati siasatan berterusan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, selagi ia dilakukan dengan wajar.

Beliau berkata demikian mengulas soal siasat SPRM terhadap Najib di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini.

“Itu adalah prosedur SPRM dan juga mengikut tatacara dilakukan.

“Asalkan ianya dibuat pada waktu bersesuaian kita rasa tatacara itu harus dihormati semua pihak.

“Yang kami tidak bersetuju, waktu-waktu tidak sesuai tindakan dilakukan oleh agensi penguatkuasan berkenaan,” kata beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat Umno di ibu negara.

Najib melapor kepada SPRM sekitar jam 9.30 pagi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan siasatan menerima berjuta-juta ringgit daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan itu telah dihentikan apabila beliau menjadi perdana menteri.

Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd Shukri minta desak Najib berundur

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull pernah berjumpanya dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan selaku perdana menteri berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia di luar maklumat saya. Tidak ada (pertemuan),” kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO di ibu pejabat parti hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan Mohd Shukri dalam satu sidang akhbar hari ini bahawa SPRM ada menemui jemaah menteri ketika itu berhubung skandal 1MDB yang didakwa melibatkan Najib.

JAWAPAN HISHAMUDDIN KEPADA ZAHID HAMIDI

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas presiden parti, kemudian turut bertanyakan soalan tersebut kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang hanya menjawab “tidak” sambil menggeleng kepala

SUMBER : MKINI

SUMBER : ASTRO AWANI

Zahid tak tahu dakwaan Shukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *