Ustaz Ebit Lew Tanya Satu Soalan Dan Jawapan Zarina Zainuddin Berikan Memang Buat Ramai Sebak

Menerusi akaun instagram, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi satu video rakaman rancangan A Bit With Ebit. Dalam video ini, Ustaz Ebit sedang menemubual pelakon Zarina Zainuddin. Turut bersama Zarina adalah 2 orang anaknya iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).

Zarina mempunyai 4 orang anak termasuk sepasang kembar lelaki yang menghidap autisme. Azil menghidap hyper autisme dan tidak boleh bercakap secara verbal. Manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka tiga tahun.

Dalam rancangan ini Ustaz Ebit bertanyakan kepada Zarina, sekiranya hari ini adalah hari terakhir Zarina hidup, apa yang Zarina ingin cakap atau sampaikan kepada 2 orang anaknya yang autism ini. Jawapan Zarina buat ramai yang sebak dan mengalirkan air mata.

RESPOND NETIZEN YANG MENYENTUH HATI

” Sebaknya ya Allah.. dengarlah beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun.. sejuta tahun.. mereka ingin bersama anak mereka..mereka fikir tentang anak mereka.. “

” Inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya.. ingat masa tu semua menangis dalam dewan tak tahan rasa sedih.. “
” Semoga Allah panjangkan umur dan berkati rezeki @zarinazainuddin_ sekeluarga dan semua ibu diluar sana yang sangat kuat dan tabah yang diuji Allah.. “

Rata-rata netizen turut sebak menonton keratan video di atas. Ada di antara mereka yang turut mempunyai anak autism juga. Antara komen-komen netizen :

sos_sos17 : Saya ade 2 anak lelaki sahaja…satu 10tahun dan satu lagi 8tahun… dua2 anak lelaki saya ade autisma.. dua2 tak boleh bercakap dan dua2 ade odd behaviour. Kemane2 saya pergi saya akan bawa mereka berdua…. mereka tak tahu duduk diam dan akan buat mcm2 ragam dan mcm2 perangai.

Kalau datang mood dia tak baik Ya Allah dia akan menjerit2 dan cedera kan diri sendiri. Orang sekeliling akan tgk kami… tapi saya dan suami selalu nyer akan tebal kan muka dan menjaga keselamatan anak2 kami. Hanya Allah je tahu perasaan kami ustaz.

Saya pun selalu berdoa kalau saya mati saya nk bawak anak2 saya sekali ustaz kerana saya tak nk mereka ni jadi beban kat orang lain. Saya selalu fikir sape la nak jaga mereka kalau saya takde nanti, siapa la yang sanggup. Saya tak nk susah kan sape2.

Ustaz doa kan la saya dan suami sihat supaya kami boleh jaga anak2 kami sehingga akhir hayat kami.

shadiqsharida : tk tau la kenapa ustaz.. bila sy tgk ustaz je terus menitik air mata bila ustaz mula beri kata2 lagi la sebak airmata jgn ckp…… td tajuk arjuna beta lagi la sy sebak ustz… Ya Allah permudahkan lah urusan dakwah ustaz ebit tanpa halangn

qiszakirah : Salah satu peluang dan jalan yang Tuhan beri kepada hamba-Nya dengan menganugerahkan anak istimewa. Mudah-mudahan @zarinazainuddin_ beroleh pahala yang tak terhingga dan memudahkan dia masuk syurga di akhirat nanti.

arfah_mirus : sy pon ade sorang ank autism.. setiap kali lepas solat mohon agar Allah bg kesihatan yg terbaik buat sy utk jaga ank istimewa smpai akhir hayat die. risaunye Allah saja yg tahu sbb kite je yg faham kondisi ank kite… walopon ade 10org budak autism.. character x semua sama.. behaviour pon berbeza.. takot bile kite xde.. xde orng yg sanggup jagekan die.

ameliarose67 : Semangat ketabahan puan zarina zainudin memberi inspirasi ibu2 yg ada anak sepertinya terimakasih perkongsian ni ustaz

Semoga Zarina dan ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak autism tabah dengan ujian Allah ini. Ibu mana yang sanggup tinggalkan anak kandungnya sendiri walau siapa pun mereka. Semoga anak-anak istimewa ini sentiasa dalam jagaan Allah. InshaAllah. Amin..

Tonton video penuh di bawah :

KATA KATA USTAZ EBIT LEW

Sebaknya ya Allah..dengarlah beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun..sejuta tahun..mereka ingin bersama anak mereka..mereka fikir tentang anak mereka..inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya..ingat masa tu semua menangis dalam dewan tak tahan rasa sedih..semoga Allah panjangkan umur dan berkati rezeki @zarinazainuddin_ sekeluarga dan semua ibu diluar sana yang sangat kuat dan tabah yang diuji Allah-ebitlew

Sumber : IG ustaz Ebit Lew via Berita Kopak

SUMBER : VideoViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *