Terkejut Ramai Orang Bila Tiba Tiba Lim Guan Eng Berhenti Bercakap Dalam Sidang Media. Ini Sebab Yang Ramai Puji Menteri Kewangan

Biarpun menerima kecaman berhubung pelantikan kaum Cina sebagai Menteri Kewangan dalam negara majoriti Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin beliau melakukan keputusan yang tepat.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berjaya membuktikan dirinya layak untuk berada dalam Kabinet berikutan kemampuannya menguruskan Pulau Pinang semasa DAP bergelar parti pembangkang.

Dr Mahathir turut menekankan seseorang individu itu tidak sepatutnya dihakimi berdasarkan kaum sebaliknya pengetahuan dan kualiti yang dimiliki.

“Seperti yang diketahui, apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, mereka berjaya menguruskan kewangan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu (Barisan Nasional). Mereka pula tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Persekutuan kerana bergelar parti pembangkang ketika itu.

“Namun, kita lihat mereka mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik. Justeru, kita memerlukan individu yang berkualiti, bukan hanya ahli parti, Melayu, Cina atau India.

“Saya mahu lantik seseorang yang memahami kewangan dan berjaya membuktikan kemampuannya. Itulah sebab saya bawa Guan Eng masuk,” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama akhbar The Edge Weekly.

Petikan SUMBER Berita Harian Online

Ini antara sebab sebab kenapa Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memilih Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Sejak beliau menjadi Menteri Kewangan, macam macam perkara yang beliau perlu jaga.

Tetapi ada 1 kejadian tentang Lim Guan Eng yang menarik minat netizen semalam. Ketika sedang berucap di salah satu sidang media, azan berkumandang dan bunyinya agak jelas. Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan secara tiba tiba meminta supaya kita berhenti sekejap untuk menghormati azan.

Perkara ini mengejutkan ramai orang terutama yang berada di situ. Bayangkan Lim Guan Eng adalah seorang Cina tetapi ketika azan dia minta semua berhenti. Tetapi wajib kah kita berhenti bercakap ketika azan? – BN

Hukum bercakap ketika azan

Soalan: Dua orang sedang berbual kosong dan tiba-tiba azan berkumandang. Salah seorang menunjukkan isyarat supaya berhenti berbual tetap yang seorang lagi tetap mahu meneruskan perbualan lalu terasa hati. Apakah yang harus dilakukan?

Jawapan: Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. (Riwayat al-Bukhari (576)).
Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut).

Ketika azan dikumandangkan, umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan. Adapun kata-kata yang mengatakan sesiapa yang bercakap ketika azan akan menjadi kelu lidahnya ketika hendak mati adalah tidak diketahui daripada mana sumbernya.

Jika ada yang bercakap ketika azan maka dibolehkan jika ada urusan yang penting dan perkataan yang bukan sia-sia dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya.

Tetapi harus diingat, jika perbualan itu boleh mengganggu orang lain dalam menjawab azan maka meninggalkan berkata-kata adalah lebih baik kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Dalam bab anda sukalah saya cadangkan agar anda kembali berbaik dengannya supaya tidak memutuskan silatrurrahim.

Anda tidaklah bersalah kerana mengajak dia untuk menghormati azan malah suatu tindakan yang baik dalam berdakwah tetapi biasalah bukan semua orang boleh terima maka anda kenalah bersabar dalam mendidik.
Ajaklah dia pergi makan roti canai, insya-Allah selesailah masalah itu. SUMBER : Buletin Netizen

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus tentang Berhenti Bercakap Ketika Azan

Apa pun kita kena hormati agama sesama kita. Insyallah kita semua akan diberi hidayah. /BN

YB Lim Guan Eng berhenti ucapan semasa azan

Edited: Buletin Netizen

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *