Terbongkar Semuanya Apabila Aishah Tunjuk Bukti Bahawa Hadiah Dato Seri Vida Sebenarnya Palsu

Selalunya bila kita menang sesuatu pertandingan kita akan mendapat hadiah yang lumayan tak pun yang setimpal. Tetapi berbeza bagi pemenang Gegar Vaganza Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu. Dan kini beliau menunjukkan bukti kenapa beliau ditipu.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Susulan daripada dakwaan Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah semalam telah memuat naik dua buah video di Instagram nya bagi menunjukkan rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah palsu dan bukanlah berlian asli.

RAKAMAN VIDEO PERIKSA KETULENAN BERLIAN

Menerusi video tersebut, menurut Aishah dia telah meminta tukang emas tersebut memeriksa ketulenan rantai tersebut dan terkejut kerana mendapati ianya tidak asli. Malah bagi mendapatkan kepastian, pemeriksaan sekali turut dijalankan dan mendapat keputusan yang sama.

Macam2 tohmahan dilontarkan pada I..tapi cuba dengar apa kata org2 yg tahu pasal benda2 ni dari kedai emas ternama di Msia (part 1)Kalau ada yg kata I tipu dan saja2 buat cerita,diamond detector ni kalau barang betul diamond dia akan bunyi macam cincin I tu.Kalau senyap sunyi tu maksudnya bukanlah… – Aishah GV4.

Dalam perkembangan lain, dalam ruangan komen penyanyi itu terdapat dakwaan dari netizen bahawa barangan kemas yang dijual DSV sudah banyak kes diterima dimana barangan kemas tersebut terbukti tidak asli.

Malah dia turut mengaitkan beberapa produk kesihatannya juga telah memudaratkan kesihatan. Usahawan itu sebelum ini bersedia untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Mohon Dato Seri Vida selesaikan perkara ini dari menjadi lebih teruk.

SUMBER : Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *