Tengah Seronok Buat Keke Challenge Tiba Tiba Dia Tidak Sedar Sesuatu Yang Buruk Telah Terjadi Tapi Sudah Terlambat

SEDAR atau tidak, dunia tanpa sempadan kini bukan sahaja cukup sebati dalam diri kita tetapi telah mengubah budaya serta gaya hidup kita.

Masyarakat kini menjadikan media sosial sebagai rujukan utama untuk mengetahui berita terkini (sama ada palsu atau benar) serta membeli dan mempromosi perniagaan.

Tidak kurang juga yang menggunakan medium itu sebagai tempat meluahkan perasaan kecewa berbanding bercerita kepada keluarga dan insan rapat.

Sejak akhir-akhir ini, melarat pula kisah berhibur menggunakan aplikasi seperti Bigo dan Tik Tok yang memerlukan pengguna melakukan pelbagai aksi seperti menari, melompat dan sebagainya mengikut lagu yang disediakan.

Terbaharu, bukanlah aplikasi tetapi trend semasa yang digelar Keke Challenge. Ia merupakan tarian yang perlu dilakukan di luar kereta dan dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu In My Feelings dendangan artis antarabangsa, Drake. Secara umumnya, tiada masalah mengenai cabaran mahupun aplikasi yang disebut di atas.

Apa yang dikesalkan ialah apabila muncul pengguna dalam kalangan wanita terutamanya yang beragama Islam tanpa segan silu menari dan berjoget dengan penuh erotik demi perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend. – Kredit Kosmo Online

Sedang Keke Challenge Lepas Tu Kena Ragut

Kejadian ini bukan berlaku dalam Malaysia tetapi di luar negara. Ketika wanita ini tengah seronok Keke Challenge dia tidak sedar beg tangan dia terjatuh dan ketika itu 2 lelaki mengambil beg tersebut dan lari. Kejadian ini menjadi tular di media sosial dan rata rata netizen mengecam wanita ini kerana kurang bijak.

Kelihatan juga dia membuat keke challenge di jalan raya yang sibuk dan ini juga mengundang bahaya. Diingatkan bahawa pihak JPJ telah mengeluarkan amaran keke challenge tidak boleh dibuat dan sekiranya ditangkap tindakan akan diambil. By: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *