Teka Teki Berakhir .. Nora Danish Dan Nedim Dedahkan Nama Anak Mereka .. Panggilan Manja Anak Mereka Memang Comel

Dalam kemaskini terbaru melalui Instagram Nedim Nazri yang merupakan suami kepada pelakon Nora Danish, beliau mendedahkan yang isterinya sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi ini.

“Syukur alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki, (kami) akan tunjuk wajah (anak kami) tidak lama lagi,” ujar Nedim Nazri yang nyata gembira dengan berita tersebut.

VIDEO SEBELUM NORA DANISH MELAHIRKAN ANAK

 
 

Nora Danish Dedah Nama, Wajah Bayi Lelaki

PELAKON Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pagi Khamis.

Perkara itu disahkan oleh suaminya, Nedim Aziz menerusi video di InstaStory, Instagram miliknya.

Nedim turut memaklumkan Nora dan bayi mereka yang digelar Ney Ney berada dalam keadaan baik.

“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kami akan tunjukkan wajah Ney Ney tidak lama lagi dan terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Bayi berkenaan dilahirkan seberat 3 kilogram secara pembedahan.

Dalam posting terbaharu Nora berkongsi nama anaknya ialah Mohamed Neqayl Nedim

Sebelum itu, rakan baik Nora, 37, iaitu pelakon Betty Rahmad sempat berkongsi berita gembira itu di InstaStory miliknya yang memperlihatkan Nora berada di dalam bilik bersalin dan Nedim sedang memangku bayi mereka.

Inilah Ney Ney… comelnya. Foto: Instagram Nedim Nazri

 

Bagaimanapun Betty memadam video berkenaan dan menerusi video InstaStory yang lain, Betty merakam Nora yang ditolak keluar daripada bilik bersalin untuk ke wad.

Pasangan itu berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.

Sumber: MSTAR / ROTIKAYA

Komen Komen Netizen yang mengucapkan tahniah kepada mereka

dekshaaaisyah.mkHidung mcm dre. Heheheh so cute. Tahniah 😍

mashi_exclusiveSubhanallah comelnyer baby Neyney

bobpaneraiAlhamdulilah ..welcome ney ney

babyprelovedoutletAlhamdulillah so happy for both of you😍❤️❤️❤️

Tahniah kepada NORA DANISH dan NEDIM. Selamat berpantang NORA DANISH dan SELAMAT BERPANTANG JUGA NEDIM. – Buletin Netizen

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *