Subhanallah. Imam Yang Tidak Lari Ketika Solat Jemaah Akhirnya Menceritakan Apa Yang Terjadi Ketika Gempa Bumi Lombok

Mungkin kita semua pernah dengan dan lihat video mengenai seorang imam yang menjadi viral di laman sosial membacakan ayat kursi sebanyak 3 kali sewaktu solat dalam keadaan yang cukup mencemaskan di masjid beliau menjadi Imam. Kejadian tersebut menjadi viral kerana rakaman Imam masjid tersebut yang langsung tidak bergerak dari tempatnya dan meneruskan solat meskipun masjid tersebut berisiko untuk runtuh kerana gempa bumi.

Keberanian Imam tersebut dipuji netizen kerana beliau tidak membatalkan solat malah meneruskan solat ketika gempa bumi berlaku sewaktu mengerjakan solat jemaah bersama makmum yang lain . Beberapa orang makmum bertempiaran melarikan diri sewaktu kejadian tersebut berlaku manakala imam meneruskan bacaan dengan 3 kali ayat kursi yang dilaungkan sambil memegang diding untuk menstabilkan posisi beliau ketika solat tersebut.

Imam tersebut telah dijemput oleh sebuah rancangan di Indonesia kerana kebeniannya untuk ditemuramah oleh pegacara rancangan tersebut . Apabila ditanya mengenai situasi tersebut dan mengapa beliau tidak melarikan diri sewaktu kejadian tersebut berlaku , Beliau menjawab “larilah kepada Allah” yang menjadi viral di laman sosial .

Imam tersebut juga ternyata seorang imam yang agak luar biasa kerana beliau terbukti hanya takut kepada Allah dan hanya berserah dengan Qadak dan Qadar meskipun kejadian tersebut mungkin meragut nyawanya , beliau masih berdiri teguh mendirikan solat. Video temuramah tersebut menjadi viral sehingga ianya mendapat lebih 1 juta tontonan di media sosial dalam masa beberapa hari sahaja.

SUMBER : Alert TV Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *