Selepas Dikecam Oleh Netizen Fatin Syahira Padam Semua Instagram Post Dan Ini Respond Syed Saddiq

Aksi atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah di pusingan akhir acara ‘Women Street’ di Sukan Asia semalam telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen. Menerusi video berdurasi 2:34 saat yang disiarkan Astro Arena, atlet ini kelihatan terjatuh beberapa kali ketika melakukan aksi.

Malah, pengulas sukan bertugas turut mempersoalkan bagaimanakah pemilihan yang dibuat untuk melayakkan atlet ini mewakili Malaysia.

Di peringkat penentuan pingat, Fatin Syahirah kelihatan jatuh sebanyak tiga kali ketika melakukan aksi sehinggakan pengulas sukan tertanya-tanya bagaimanakah cara pemilihan yang dibuat. Walaubagaimanapun, di akhir video jurulatih dan ahli pasukan lain kelihatan mengucapkan tahniah.

Munkin Terlalu Gugup

Di ruangan komen, netizen turut mempersoalkan peringkat tapisan yang dibuat bagi melayakkan atlet ini peringkat Sukan Asia. Tidak kurang juga yang menganggap peserta ini terlalu gugup sehingga memberi kesan kepada persembahannya.

SUMBER : OH BULAN

TERUK DIKECAM KERANA GAGAL DI SUKAN ASIA

Selepas dikecam netizen, atlet wanita papan selaju, Fatin Syahira Roszizi dikatakan telah memadam kesemua gambar di Instagram. Gadis berusia 16 tahun itu menerima kritikan selepas aksinya untuk pusingan penentuan pingat viral di media sosial.

Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq di Twitter kesal dengan kelakuan cyber bully tersebut dan berpendapat pihak yang perlu dikritik adalah kementerian atau persatuan.

Menerusi laporan Stadium Astro, tidak lama selepas acara, atlet ini telah dikritik hebat netizen sehingga beliau mengambil tindakan memadam kesemua gambar di Instagram. Di Instagram story pula, beliau ada memuat naik permohonan maaf dengan kapsyen ‘Sorry Malaysia’.

Syed Saddiq berpendapat perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Lagi pula, atlet tersebut baru berusia 16 tahun dan semestinya berasa sangat tertekan. Beliau turut memberitahu jika ada pihak yang harus dikritik, kritiklah kementerian dan persatuan bukan atlet tersebut.

Sumber: Syed Saddiq , Stadium Astro via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *