Sebab Kenapa Gadis Cantik Ini Patah Balik Untuk Membantu Pelancong Ini Menyentuh Hati Netizen. Ini Respond Yaya Selepas Ini Menjadi VIRAL

Viral di media sosial video dan gambar dua wanita terserempak dengan seorang wanita warga asing bersama anaknya dalam stroller dalam perjalanan ke Alor Setar.

Yaya Hidayah dan rakannya pada ketika itu dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai, bagaimanapun tidak sampai hati melihat keadaan dua beranak itu, lalu memutuskan untuk berpatah balik untuk membantu mereka.

“Kasihan minah salleh ini. Kami dalam perjalanan balik dari Taiping nak ke Bagan Serai, terjumpa minah salleh ini berjalan kaki sambil tolak stroller baby yang masih menyusu badan.

“Kami patah balik untuk tolong sebab dia tahan kereta, tiada sesiapa yang nak tolong. Katanya nak pergi ke Alor Setar, tak ada duit, handphone hilang. Hanya bekalan yang ada sahaja. Katanya lapar, jadi kami belikan pizza untuk dia makan.

“Hmm, sedih tengok, kesian tengok. Kami hanya mampu hantar ke stesen bas Parit Buntar untuk pergi ke Butterworth, tukar bas untuk pergi ke Alor Setar,” kata Yaya.


Sementara itu, rakan Yaya iaitu, Wanie, yang turut bersama ketika itu berkata, mereka pada awalnya mahu membawa dua beranak itu pulang ke rumah seketika untuk memberikannya bekalan, namun si ibu menolak kerana tidak mahu menyusahkan mereka.

“Saya bawa dia balik rumah sekejap, bagi dia air. Dia terharu sangat. Dia tetap cakap tak nak susahkan kami. Jadi kami decide hantar dia sampai ke stesen bas Parit Buntar untuk dia ke Butterworth.

“Yang sebetulnya, bekas suami tinggalkan dia dengan anak dia. Dia nak pergi ke Alor Setar, kemudian nak pergi ke Langkawi, apa tujuannya saya tidak tahu. Sama ada mencari bekas suami dia atau mungkin di Langkawi senang nak berkomunikasi dengan omputih Rusia seperti dia. Di sana kan ramai pelancong.


“Dia kata semalam ada orang tolong dia, tetapi dengan cara yang sama dia tahan kereta. Dia berada di Malaysia sudah seminggu. Jadi kami berharap jika ada sesiapa yang menjumpai beliau, tolonglah bantu. Jika anda tidak mengasihani ibunya, kasihanilah anaknya itu,” kata Wanie.

Di media sosial, netizen memuji usaha Yaya dan Wania yang sanggup berpatah balik untuk membantu dua beranak berkenaan meskipun ada segelintir netizen yang memberikan tanggapan negatif berikutan kes-kes sebelum ini.

SUMBER : Coretan Hati

Rata rata netizen memuji sikap mulia Yaya Hidayah ini kerana membantu warga asing ini.

Image may contain: 1 person, close-up

Antara komen komen positif dari netizen

Amm Jaybee ade orang kata..xperlu tolong org org cmni..ambil kesempatan.. ade org kata..xperlu derma org tu..dia tipu je..dia amek kesmpatan je.. ade orang kata..jgn tolong dia..dia tu penipu..
ade orang kata..xperlu layan org org yang minta sedekah or simpati ni.. tapi dorang lupa..ikhlas kita bantu orang..itu ade lah amal kita..pahala kita.. dia tipu ke apa ke..tu urusan dia dgn tuhan.

Adib Omar Alhamdulillah…tahniah utk adik berdua..smoga Allah membalas jasa baik anda…spt encik Rahim bitau…menaikkan nama Malaysia..xkurang juga..menampakkan Islam bukan spt apa yg mereka pikirkan..good job

MrFai Ismal Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa berikan awak yg terbaik dalam kehidupan awak

Ini respond dari YAYA HIDAYAH selepas status dia menjadi VIRAL

terima kasih semuanya kerana mendoakn sya dgan kawan sye… famouse xdiminta hanya diminta dari kami minah saleh tu selmat dgn ank nye… kami harap dia smpai tempat yg diingini.. kami tlong iklas setakat mna kami mampu.. kami hanya kesian kan budak itu masih lagi mnyusu badan dan mak nye terlalu letihh… 😢


sayu bila kmi mnengoknya. dgan izin allah kami kongsi rezeki yg kmi mampu… klau ad salah silap ap yg kmi lakukan ini maafkn lah kami berdua jgan salh tafsir kmi bntu iklas “

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *