Ramai Yang Meneka Umur Gadis Ini 23 Tahun Tetapi Bila Dilihat Tarikh Lahir Dia Ramai Yang Terkejut

Usia memang selalu menjadi suatu yang amat sensitif untuk kaum wanita terutama bila usia telah menjangkau lebih dari 30 tahun. Kalau kita tanya umur kepada seseorang wanita mesti agak susah untuk mereka menjawab atau mereka tidak akan beri jawapan yang sebenar. Ramai juga yang inginkan awet muda sehingga sanggup habis ribuan ringgit untuk supplement dan kos perubahan wajah. Kedut adalah musuh utama dan mereka akan cuba melawan sedaya munkin. Tapi munkin anda akan teruja membaca kisah ‘makcik’ ini yang kelihatan tidak seperti ‘makcik’

SEORANG pereka fesyen warga Taiwan, Lure Hsu tiba-tiba menjadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun.

Wanita itu dipuji kerana memiliki kulit wajah berseri persis gadis berusia 23 tahun.

Lure turut berkongsi tips kecantikannya dengan netizen.

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas.

Dalam satu temubual bersama sebuah majalah di Taiwan, Jumaat lalu, Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.

Kecantikan asli yang dimiliki Lure menyebabkan dia kini memiliki seramai 714,000 pengikut di Instagram.

CARA KEKAL AWET MUDA

Untuk mengelak daripada terkena sunburn, Lure berkata dia akan menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Malah, Lure turut mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen.

Bintang sensasi Internet itu turut berkata dia akan memulakan harinya dengan minum secawan kopi tanpa gula. Dia mendakwa amalan itu membantu menaikkan seri wajahnya. SUMBER : MSTAR ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *