Radio Hot FM Jemput Mat Sabu Datang Konti Tetapi Mat Sabu Kena Kan Syarat Yang Agak Aneh

Video diatas ketika Mat Sabu hadir buat pertama kalinya dalam stesen radio Bernama

MENTERI Pertahanan iaitu Mohamad Sabu menyambut baik pelawaan stesen radio Hot FM yang berhajat mengundangnya ke studio Geng Pagi Hot bersempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Bagaimanapun, menerusi jawapan balas di Twitter, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu, beliau meletakkan satu syarat kepada stesen tersebut.

“Apa salahnya kalau nak jemput, saya berbesar hati untuk datang, tapi dengan syarat Hot FM kena mainkan lagu kesukaan saya,” tulisnya pada pagi Isnin.

Sebelum ini, pengendali Twitter Hot FM membuat jemputan di laman yang sama dan berharap Mat Sabu dapat bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan di stesen berkenaan.

Mat Sabu membuat jawapan balas di Twitter.

“Assalamualaikum YB Mohamad Sabu, kami dari Geng Pagi Hot, Hot FM nak jemput YB ke konti kami untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan bersama kami.

“Kami berbesar hati jika YB dapat join kami di konti,” tulis pengendali laman sosial stesen tersebut.

Respons daripada Mat Sabu itu menerima lebih 600 tanda suka dan di ‘retweet’ hampir 400 pengikut.

Sementara itu, penyampai Geng Pagi Hot iaitu Shuk turut memuat naik paparan skrin perbualan tersebut di Instagram.

Penyampai Geng Pagi Hot, Shuk turut berkongsi di laman Instagram.

Malah, dia turut bertanyakan kepada pengikut mengenai lagu yang menjadi kegemaran menteri tersebut.

“Terima kasih YB sudi balas pelawaan kami tapi korang rasa-rasa lagu apa yang jadi lagu kegemaran YB,” tanya Shuk.

Geng Pagi Hot dikendalikan oleh tiga penyampai iaitu Shuk, Ajak Shiro dan Fizie. Ia bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Abang Mat Sabu Di Bernama Radio – Pesan dan Ucap Selamat Hari Raya -12 Jun 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *