PU Amin Dikatakan Tidak Betul Dan Cara Dia Tidak Betul. Ini Respond PU Amin

Baru-baru ini PU Amin telah memuatnaik status di laman Twitter berkenaan ribut pasir di Padang Arafah, Mekah. Tambahnya lagi, kejadian tersebut memberi peringatan buat umat Islam akan segala perbuatan yang dilarangNya.

Bagaimanapun, status tersebut telah mengundang perbalahan netizen dimana mereka menyatakan bencana sedemikian adalah sesuatu yang normal berlaku di Mekah. Terbaru, PU Amin memberi respon terhadap isu perbalahan netizen sekali gus menjawab kecaman yang diterimanya.

Aku tak pernah kata aku betul – PU AMIN

5 tahun aku buat Kuliyah Maghrib , mengajar kitab di Surau dan Masjid sekitar Selangor , payah nak nampak bebudak muda bawak buku mengaji ilmu sama sama . Sebab kita orang muda suka cari ilmu dekat media sosial . Ustaz Youtube dan Syeikh Mufti Google rujukan korang . Sebab itu aku terjemahkan apa yang ada dalam kitab kitab ulama dengan cara aku yang tegas . Mungkin mula mula ni korang ngamuklah kata aku ni otak kolot , berfikir macam orang hutan. Insyaallah lama lama korang bertemu kebenaran..

.

Aku tak pernah kata aku betul , aku baik , atau aku wajib di ikuti . Yang betul Al Quran Sunnah . Yang wajib di ikuti Nabi . Aku hanya mencetuskan sesuatu untuk korang berfikir. Bermula isu LGBT , isu Kiamat , Isu keke challenge , isu bencana alam . Ada yang sokong ada yang hentam . Aku ni USTAZ Kampung je , jangan lah rasa terancam sangat dengan kata kata aku . Wat lek wat piss sudah…

Lepas ceramah semua nak balik awal

Tiap kali buka sesi soal jawab tak ada siapa nak tanya . Kalau ada pun bagi pakai note , tak berani cakap depan depan secara ilmiah . Lepas ceramah semua nak balik awal . Kalau buat open soal jawab , non muslim@lagi banyak tanya . Lepas tu demand nak ustaz ustaz ceramah buat lawak , kalau tak , bosan . Tulah masalah orang kita.

Sumber: PU Amin via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *