Pengunjung Hotel Terkejut Bila Satu Makhluk Tidak Dijangka Muncul Di Belakang Mereka Ketika Sedang Sarapan

Kadang kadang bila kita pergi bercuti sememangnya kita mesti mengharapkan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan abadi. Kenangan itu boleh diceritakan kepada semua.

Video Penuh Berada Di Bawah

Tiada perasaan yang boleh digambarkan ketika kita pergi bercuti dan melepaskan segala tekanan duniawi. Ketika bercuti, kita hanya perlu memikirkan aktiviti seronok yang perlu dilakukan. Kita tidak perlu bersusah payah membersihkan bilik, memasak sarapan dan sebagainya kerana segala perkhidmatan akan disediakan oleh pihak hotel.

MAKHLUK INI MUNCUL SECARA TIBA TIBA

Menikmati sarapan di hotel juga merupakan salah satu pengalaman yang menyeronokkan tetapi pernahkah anda menikmati sarapan sambil menyaksikan ikan paus humpback membuat persembahan secara langsung di hadapan mata anda

Bagi beberapa pelawat bertuah yang menginap di Great Bear Lodge di Port Hardy, British Columbia di Kanada, pengalaman ini merupakan satu peristiwa yang pastinya akan dikenang sampai bila-bila!

Sambil menikmati sarapan, pengunjung-pengunjung ini terkedu dan tergamam dapat menyaksikan satu kejadian yang sangat menakjubkan. Apabila mereka memerhatikan terdapat gelembung besar di permukaan air, ramai yang mula berasa teruja untuk melihat apa yang berlaku seterusnya.

Muncul beberapa ekor ikan paus gergasi di permukaan air dan ramai pengunjung mula mengeluarkan telefon masing-masing untuk merakamkan detik indah itu.

Menurut ahli cetology (kajian tentang ikan paus), tindakan ikan paus humpback yang membuat gelembung air besar itu adalah sebagai satu strategi untuk mendapatkan makanan.

“Mereka (ikan paus humpback) mengejar sekumpulan ikan ke dalam gelembung tersebut. Apabila ikan-ikan sudah berkumpul, ikan paus humpback akan mencipta buih di sekeling ikan-ikan itu yang berfungsi sebagai jaring.”

“Kemudian, ikan paus humpback akan berenang dari bawah sebelum muncul ke permukaan air dengan mulut yang terbuka luas bagi memakan sekumpulan ikan yang banyak. Ia adalah satu teknik memburu yang biasa digunakan oleh ikan paus ini.”

Sememangnya satu fenomena yang mengagumkan untuk dilihat. Sila saksikan video hebat ini di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *