Netizen Sound Ibu Elfira Loy .. Ini Respond Elfira Loy Tentang Itu

Menjadi selebriti atau public figure menjadikan tindak-tanduk seseorang itu sentiasa diperhatikan setiap masa. Apatah lagi apabila dilanda kontroversi atau isu hangat. Berita terputusnya tali pertunangan Elfira Loy mencetuskan reaksi pelbagai netizen sejak tersebar, Februari lalu.

Enggan berdiam diri, Elfira dilihat memberi respon kepada seorang netizen yang cuba ‘menasihatinya’ berkenaan isu putus tunang yang dihadapi. Apa komen Elfira agaknya?

Tak payah letak statement dekat media sosial sebab orang akan menilai

Seorang pengguna Twitter menyarankan kepada Elfira supaya meminta ibu aktres itu mendiamkan diri dari membuat apa-apa kenyataan di media sosial kerana lambat-laun orang ramai akan menilai baik buruk sesuatu isu.

Ini respon Elfira

1 PATAH SAHAJA

Tambah wanita itu lagi, jika sedari awal ibu Elfira mendakwa Sufian menipu, ibu Elfira sepatutnya mengatakan perkara itu awal-awal lagi dan tidak memburuk-burukkan Sufian selepas mereka putus.

Netizen itu yang mengakui dia sebenarnya tidak menyukai Elfira mahupun Sufian namun apabila melibatkan maruah orang tua Sufian, dia merasakan perkara itu melampau. Dia juga meminta ibu bapa Elfira dan pelakon itu meminta maaf kepada bekas tunangnya itu kerana terlalu terbuka bercerita.

Tweet panjang lebar itu hanya dibalas ‘K’ oleh Elfira. Ekspresi ‘K’ kebiasaannya digunakan untuk mengatakan rasa jengkel atau ‘malas layan’ komuniti online yang berasal dari perkataan OK.

Awak pun mengata saya…

SAPA YANG TERASA SEKARANG NI?

Tidak habis di situ, Elfira memetik kata-kata yang ditulis wanita berkenaan sebelum ini. Kata-kata berunsur nasihat itu menurut Elfira ingin dipercayainya, namun, individu itu sendiri mengata dirinya.

Tanyalah mak awak

Soalan Elfira sebelum itu dibalas dengan respon wanita itu meminta Elfira bertanyakan ibunya sendiri. Sekali lagi Elfira menggunakan ‘K’ sebagai respon ringkas.

Sumber: Alexndraam  , Elfira Loy via OhBulan Dot Com

Sufian Memilih Bertunang Dan Berkahwin Untuk Elakkan Fitnah – Pengurus Sufian Suhaimi

Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini.

mStar Online melaporkan, Mahadhir merasa hairan mengenai dakwaan ibu Elfira bahawa Sufian telah menipu mereka:

Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?

Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu.

Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan.

Mahadhir juga memberitahu, Sufian ingin menghalalkan hubungannya dengan Elfira memandangkan Elfira sering menelefon dan mengikutnya ke mana-mana kerana dia ingin mengelakkan fitnah.

Sufian memilih untuk menghalalkan hubungan.

Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.

Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu.

Benda dah lepas tak payah panjang-panjangkan lagi dan mereka pun sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Masing-masing buat hal sendiri sajalah.

Semalam saya buat statement di Facebook supaya orang tak keliru sebab saya tak nampak kesilapan sufian pun. Keputusan putus tunang ini dibuat pihak sana, bukan Sufian.

Dalam satu kenyataan lain, Mahadhir juga meminta agar keluarga Elfira berhenti membuat kenyataan mengenai Sufian.

Penulis juga tidak pasti apa isu yang menyebabkan keluarga Elfira ingin memutuskan pertunangannya dengan Sufian, bagaimanapun ia telah terjadi dan semua pihak sepatutnya move on, tak gitu?

SUMBER : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *