Murid Murid Ini Umpama Diganggu Dan Mereka Seperti Hampir Kena Histeria Gara Gara Cikgu Menjadi Hantu

Apa itu Operasi Burung Hantu?

Operasi Burung Hantu atau lebih dikenali sebagai OBH selalu dipraktikkan di sekolah sekolah. Tujuan utama aktiviti ini untuk membina keyakinan diri pelajar pelajar. Selalunya ia dilakukan ketika kem pembelajaran atau kem pengakap.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Murid akan diasingkan dalam kawasan yang gelap samada di dalam kawasan sekolah atau di dalam hutan. Mereka akan ditutup mata mereka atau dibiarkan sahaja. Selalunya dibiarkan sahaja mereka dalam satu tempoh yang singkat. Aktiviti ini selalunya dipantau oleh cikgu cikgu sendiri.

OBH Melampau?

Wajarkah OBH ini dilakukan? Ada sesetengah pihak terutama ibu bapa tidak galakkan aktiviti OBH ini dilakukan. Sekiranya ingin membina keyakinan pelajar, banyak lagi cara lain cikgu cikgu ini boleh lakukan. Ini kerana murid murid ini sudah tentu masih muda dan sifat takut mereka amat tebal. Dengan keadaan zaman sekarang tidak lah sesuai untuk lakukan OBH kerana boleh buat pelajar tersebut terlalu takut dan munkin boleh menyebabkan histeria hingga tidak terkawal.

Selalunya cikgu tidak akan membuat sesuatu di luar kawalan atau melampaui batas sehingga pelajar tidak mampu. Cikgu juga selalunya akan memastikan pelajar tidak mempunyai apa apa penyakit yang boleh datang ketika aktiviti OBH dijalankan.

Pelajar Ketakutan

Video di bawah menunjukkan sekumpulan pelajar sedang menjalani aktiviti OBH dan cikgu cikgu sendiri menjadi hantu. Mereka akan mengusik pelajar yang telah diikat mata mereka, pelajar tersebut akan ingat sesuatu makhluk atau hantu yang menggangu mereka tetapi mereka tidak tahu bahawa hantu itu adalah cikgu mereka sendiri.

Rata rata netizen mengimbau kembali kenangan mereka ketika OBH tetapi ada juga netizen yang kecam tindakan cikgu tersebut.

Mari lihat video di bawah.

Lokasi sekolah mana dan tempat OBH dijalankan tidak diketahui.

Artikel By Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *