Minyak Belum Turun, Tol Belum Hapus Tapi Hati Kita Rasa Happy. Kenapa, Ustaz Ini Terangkan Semua

Sekilas Pandang Terbentuknya Kerajaan Baru ..

Tahniah rakyat Malaysia! Kini kita mempunyai Perdana Menteri Malaysia yang baru selepas Dato Sri Najib Razak iaitu PM yang ke 7. Selain kegembiraan PM yang baru, Malaysia dihadiahkan lagi oleh kerajaan yang baru yang bukan lagi di pimpin oleh Barisan Nasional (BN) tetapi di tubuhkan oleh persepakatan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH). Jadi dominasi BN daripada awal penubuhan Tanah Melayu dan Malaysia akhirnya tumpas di tangan PH

Pada rabu yang lepas, semua rakyat Malaysia telah pun menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi bagi melalui Pilihanraya Umum yang ke-14. Sejurus selesai proses undian, proses pengiraan undian di buat selepas itu. Jadi secara rasmi pengumuman di buat pada 10 Mei di mana Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Selain berjaya memenangi kerusi-kerusi di Parlimen, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir berjaya menawan 6 ke 7 Negeri yang sebelum ada menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Selain itu juga, PAS juga berjaya mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu daripada BN.

Pada tarikh 10 Mei jam 9.30 malam, secara rasminya Malaysia menerima seorang Perdana Menteri baru yang ke 7 iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau mengangkat sumpan di depan KDYMM Sultan Muhammad V di Istana Negara. Sekali lagi sejarah di cipta menjadi menjadi Perdana Menteri pertama yang menyandang semula jawatan itu. – SUMBER

Ustaz Halim Hassan Memberi pencerahan tentang kerajaan baru Pakatan Harapan.

Sila dengar apa yang ustaz ini cuba katakan tentang kerajaan baru. Kita harus beri peluang kepada kerajaan baru. Segala janji mereka akan mereka kotakan insyallah tetapi beri mereka peluang. Dengar pasal perumpamaan ‘kapal karam’ dan dengar tentang mengapa ramai rasa lega walaupun tidak banyak janji ditunaikan. Ini adalah pendapat peribadi Ustaz Halim Hassan.

Sumber : Youtube Nar-Carl Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *