Menteri Kewangan Mengeluarkan Arahan Tegas Kepada Arul Kanda Dan Mesti Diselesaikan Sebelum 30 Mei

Guan Eng mula tugas hari pertama

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba di bangunan Kementerian Kewangan di sini, jam 7.40 pagi ini bagi memulakan tugas hari pertamanya.

Guan Eng disambut oleh pengurusan kanan kementerian di lobi bangunan berkenaan.

Beliau sempat bergambar bersama dengan semua pengurusan kanan sebelum dibawa naik ke pejabatnya di tingkat 11.

ARAHAN MENTERI KEWANGAN KEPADA ARUL KANDA

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy agar membayar balik hutang 1MDB dengan kerajaan sebanyak RM143.75 juta.

Tegasnya, 1MDB perlu menjelaskan hutang berkenaan selewat-lewatnya pada 30 Mei ini.

Saya arah Arul Kanda bayar hutang 1MDB RM143.75 juta sebelum 30 Mei - Guan Eng

“Saya telah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa antara perkara paling perlu disegerakan dan diselesaikan pada hari pertama saya di kementerian ialah pembayaran hutang 1MDB.

“Ini adalah kerana jumlah RM143.75 juta perlu dibayar oleh 1MDB selewat-lewatnya 30 Mei 2018,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau juga dimaklumkan bahawa perkhidmatan Arul Kanda sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB adalah sehingga 30 Jun.

SUMBER : ASTRO AWANI

Kementerian Kewangan selamatkan 1MDB selama ini – Guan Eng

enteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar pertamanya selepas memul

Kementerian Kewangan telah menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berjumlah RM5.05 bilion.

“Perkara ini mengesahkan syak wasangka umum mengenai 1MDB telah mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah dibayar menerusi eksesais rasionalisasi yang berjaya. Sedangkan, Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB.

“Lebih buruk, senarai pembayaran terkini hanya membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC. Mereka belum lagi mengambil kira akaun hutang bilion-bilion ringgit yang akan matang bermula tahun 2022,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas memulakan tugas rasmi di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, selain daripada faedah pinjaman berjumlah RM143.75 juta yang perlu dijelaskan pada 30 Mei ini, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan antara September hingga November ini,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

LIVE: Sidang media Menteri Kewangan Lim Guan Eng

 

TERKINI: Ada Akaun Negara Tidak Boleh Diakses – Lim Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *