“Macam Mana Dia Ni Boleh Wakil Negara, Main Pun Tak Pandai” – Netizen Mula Mengecam Atlet Wanita Ini Di Asean Games. Pengulas Sukan Pun Kecewa

Atlet papan selaju negara gagal mencipta impak apabila sukan ekstrem itu dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, selepas gagal memberikan saingan sengit kepada pemenang pingat.

Pada aksi final acara Street lelaki di Stadium Skateboard, Bandar Sukan Jakabaring di sini, Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24, sekadar menamatkan kempen pada kedudukan ketujuh dengan keseluruhan 17.3 mata.

Pingat emas acara itu menjadi milik atlet dari Jepun, Kayaki Ike yang meraih 31.1 mata, manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Sanggoe Dharma Tanjung (30.5) mewakili pasukan tuan rumah dan Juwon Eun (25.4) dari Korea Selatan.

Bagi acara Street wanita pula, Fatin Syahirah Roszizi sekadar menamatkan saingan pada tempat terakhir dalam kalangan lapan peserta dengan 5.4 mata secara keseluruhan.

Pingat emas menjadi milik peserta Filipina, Margielyn Didal dengan 30.4 mata, manakala perak dan gangsa masing-masing dimiliki Kaya Isa (25.0) dari Jepun dan Bunga Nyimas (19.8) dari Indonesia.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

‘Macam Mana Boleh Wakil Malaysia?’ – Netizen Persoal Kelayakan Atlet Papan Selaju Ke Sukan Asia

Aksi atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah di pusingan akhir acara ‘Women Street’ di Sukan Asia semalam telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen. Menerusi video berdurasi 2:34 saat yang disiarkan Astro Arena, atlet ini kelihatan terjatuh beberapa kali ketika melakukan aksi.

Malah, pengulas sukan bertugas turut mempersoalkan bagaimanakah pemilihan yang dibuat untuk melayakkan atlet ini mewakili Malaysia.

Di peringkat penentuan pingat, Fatin Syahirah kelihatan jatuh sebanyak tiga kali ketika melakukan aksi sehinggakan pengulas sukan tertanya-tanya bagaimanakah cara pemilihan yang dibuat. Walaubagaimanapun, di akhir video jurulatih dan ahli pasukan lain kelihatan mengucapkan tahniah.

Macam mana boleh mewakili Malaysia? – Netizen

Munkin Terlalu Gugup

Di ruangan komen, netizen turut mempersoalkan peringkat tapisan yang dibuat bagi melayakkan atlet ini peringkat Sukan Asia. Tidak kurang juga yang menganggap peserta ini terlalu gugup sehingga memberi kesan kepada persembahannya. SUMBER : OH BULAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *