Macam Ini Je Ahmad Maslan Jawab Hujah Lim Guan Eng. Memang Lain Macam Cadangan Ahmad Maslan Ni

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

Pendedahan itu berikutan tuduhan pentadbiran terdahulu telah ‘merompak’ dana bayaran balik GST itu.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 petang tadi, Lim berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adlaah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.

“Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM 18 bilion,” jelas beliau.

Lim berkata ini berdasarkan audt dalaman dan pemeriksaan jabatan kastam.

Saya tak pernah salahkan Kastam

Lim Guan Eng

Kerajaan tidak menyalahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berhubung ‘kehilangan’ kutipan cukai GST sebanyak RM18 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pembangkang asyik menuding jari kepada Kastam.

“Saya tak pernah salahkan Kastam. Mereka kutip sahaja, hasil kutipan diserahkan kepada kerajaan.

“Tapi Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan) suruh rakyat saman Kastam. Ini tidak bertanggungjawab. Itulah perangai kenapa rakyat tolak BN,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang membangkitkan rasa tidak puas hati kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berhubung penggunaan perkataan “merompak’ yang dilemparkan Guan Eng sebanyak enam kali dalam sidang Dewan Rakyat sejak Selasa lalu.

Namun, Kor Ming menolak untuk membuat peraturan dengan menyifatkan kenyataan Guan Eng itu tidak mengelirukan dewan.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) menyifatkan penggunaan perkataan ‘merompak’ itu tidak sesuai digunakan kerana ia masih disiasat. SUMBER : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *