Lelaki Ini Memberi Duit Belanja Harian Anak Dia Sebanyak RM60k. Kenapa Banyak Sangat

Kini trend memanjakan anak masing masing menjadi viral di media sosial . Ibu bapa yang berkemampuan kerap kali menunjuk nunjuk akan kemampuan mereka di media sosial dengan menghadiahkan pelbagai perkakasan mewah seperti gajet , kenderaan dan sebagainya sehingga ianya menjadi viral di laman sosial dan seolah olah minta dipuji dan menunjuk nunjuk

Ini sering membangkitkan kecaman netizen apabila ibubapa bertindak demikian apabila anak anak yang lahir dari keluarga yang tidak berkemampuan meminta sesuatu yang luar kemampuan ibu bapa mereka apabila terpengaruh dengan video video kekayaan dan kemewahan yang ditabur oleh ibu bapa yang berkemampuan kepada anak mereka , Kebanyakan ibu bapa yang melakukan perkara demikian adalah anak anak artis.

Viral sebuah video yang menyindir video video yang lain apabila seorang lelaki telah menaiki kereta mewah yang berjenama Porsche Cayenne telah berbual dengan anaknya di telefon . Lelaki tersebut dikatakan mengeluarkan belanja 60ribu sehari kepada anaknya yang masih belajar sambil berbual dengan anaknya. Video tersebut menjadi viral di media sosial dengan percakapan lelaki tersebut dengan anaknya sambil memegang wang yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Video sindiran lelaki tersebut menjadi viral di media sosial yang menyedarkan netizen bahawa sekaya kaya seseorang di dunia ini malah ada lagi orang lain yang lebih kaya. Netizen juga mula meluat dengan tindakan segelintir ibu bapa yang menunjuk nunjuk sambil memberikan kemewahan kepada anak anak mereka.

Video Penuh

SUMBER : Alert TV Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *