Lelaki Ini Bertindak Terjun Dari Bot Untuk Menyelamatkan Haiwan Ini. Apa Lelaki Ini Buat Mendapat Pujian Ramai

Bot dikenali sebagai ‘De Geus’ itu telah berlabuh di sebuah pantai yang terletak di Belanda. Kapten bot menyedari ada seekor anjing laut tersekat pada pukat lalu dia segera masuk ke dalam air pada kedalaman paras lutut untuk menghampiri haiwan itu.

Namun, sebaik sahaja melihat kapten ini menghampiri, anjing laut itu terus berusaha untuk menyelamatkan dirinya dengan cuba untuk masuk ke dalam air semula. Apa yang haiwan ini lihat adalah dirinya telah terperangkap dan ada seorang ‘pemangsa’ cuba untuk menangkapnya tanpa menyedari niat murni lelaki itu.

Apabila lelaki ini berjaya memegang pukat yang menghalang pergerakan anjing laut itu, haiwan yang panik ini cuba untuk melawan bagi membebaskan dirinya. Tanpa rasa gentar, lelaki berkenaan tetap berusaha sehabis baik demi menyelamatkan anjing laut yang ketakutan itu.

Akhirnya, detik yang mencemaskan bertukar menjadi satu peristiwa bersejarah dan lelaki ini menerima sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada sekumpulan kanak-kanak. Dia akhirnya berjaya membebaskan anjing laut itu ke dalam air dengan selamat.

Syabas diucapkan kepada lelaki yang berani ini. Kebiasaannya apabila berhadapan dengan situasi sebegini, kita digalakkan untuk meminta bantuan daripada pakar penyelamat haiwan. Namun, lelaki ini telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa seekor haiwan. SUMBER : ERA BARU

Tahniah diucapakan kepada lelaki tersebut. Moga kisah lelaki ini dijadikan inspirasi semua. Tahniah lagi sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *