Lelaki Ini Berang Dan Akan Tampar Pekerja Di JPN Taiping. Sabar Sudah Terlalu Lama Dan Ini Sebabnya

KUALA LUMPUR – Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf kewarganegaraan sekali gus diberi kad pengenalan biru, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir berkata, bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegara akan diberi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa ialah warganegara Malaysia.

“Saya mahu umumkan keputusan yang dibuat semalam selepas perjumpaan dengan rombongan wakil masyarakat India.

“Kami berbincang manifesto janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan kaum India yang memegang kad pengenalan merah iaitu seramai 3,407 orang, jadi mana-mana dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun, kita terus bagi kad biru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Dr. Mahathir berkata, terdapat beberapa lagi syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon taraf kewarganegaraan iaitu mereka perlu berada di Malaysia dalam tempoh 10 tahun terakhir dari 12 tahun mereka berada di negara ini dan boleh berbahasa Melayu.

“Untuk kelulusan dalam Bahasa Melayu, itu ‘simple’ sahaja kita buat. Jadi kalau mereka lulus kita boleh berikan kewarganegaraan,” katanya sambil menyatakan proses untuk mengeluarkan kad pengenalan biru itu mungkin mengambil sedikit masa.

Menyelesaikan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan dalam masa 100 hari terkandung dalam manifesto PH jika berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei lepas. SUMBER : KOSMO ONLINE

LELAKI INI BERANG KERANA KAD PENGENALAN

Lelaki ini harap video ini menjadi tular kerana dia sudah penat ulang alik untuk menolong saudara dia yang sudah berumur lebih dari 60 tahun tetapi masih mempunyai kad pengenalan merah. Ketika mereka tiba di JPN Taiping, pekerja di JPN memberitahu tiada maklumat seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir tentang penukaran kad pengenalan.

Lelaki ini begitu marah dan dia akan ke JPN Taiping dan akan mula membuat kecoh dan jika tiada apa apa bentuk penyelesaian mampu dicapai dia akan tampar pekerja JPN situ.

Video Penuh.

Setakat ini tiada apa apa jawapan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara tentang isu penukaran kad pengenalan. – Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *