Kerajaan Baru Hapuskan Pencen Adalah Berita Palsu Rupa Rupanya Ini Berita Sebenarnya

Astro AWANI menafikan pernah menerbit dan menyiarkan artikel berjudul, ‘Bayaran Pencen diganti kepada KWSP serta-merta’ di platform digital (www.astroawani.com), seperti yang ditularkan di media sosial hari ini.

Palsu! Astro AWANI tidak siarkan artikel berjudul 'Pencen akan dimansuhkan diganti dengan KWSP serta-merta'

Artikel palsu itu antara lain mendakwa kononnya tiada pembayaran pencen selepas pesaraan 2021.

Paparan imej yang menyalahgunakan logo nama Astro AWANI itu sengaja disunting serta diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan masyarakat.

Astro AWANI menyeru semua pihak khususnya pengguna internet supaya berhati-hati dalam mengakses maklumat dan hanya mendapatkan berita yang benar dan sahih dari sumber yang betul iaitu di laman web serta akaun media sosial rasmi Astro AWANI. SUMBER : Astro Awani

Berita Sebenar

BR1M polisi malas kerajaan terdahulu – Tun Mahathir

BR1M polisi malas kerajaan terdahulu - Tun Mahathir

Pemberian bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah cara malas kerajaan terdahulu untuk mendapatkan sokongan politik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, BR1M mempunyai unsur rasuah kerana wang diberikan kepada golongan yang tidak begitu memerlukan semata-mata mahu meraih sokongan.

“Kerajaan biasanya menjaga kebajikan rakyat, tetapi mereka perlu memberi perhatian kepada golongan yang lebih memerlukan. Jika seseorang itu kurang berkeupayaan, kami akan bantu, jika dia kurang pendidikan, kami akan sediakan latihan dan pendidikan.

“Tetapi dengan memberi wang hanya kerana seseorang itu meraih kurang RM4,000 sebulan, tanpa menyelidik keadaan sebenar, itu adalah salah, itu adalah rasuah,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu negara hari ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan sebagai berkata, langkah kerajaan mahu menghapuskan BR1M tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.

Kata Ahli Parlimen Gombak itu, kerajaan beranggapan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih berpegang kepada polisi menghulurkan bantuan, tetapi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Anda beri kepada mereka yang memerlukan, bukan kepada semua. Itu cara malas kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.

Selain itu, ujarnya lagi, keutamaan kerajaan masa kini ialah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan tinggi, sebagai usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat. SUMBER : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *