Kenapa Menteri Besar Negeri Sembilan ‘TOK MAT’ Menghalang Kenderaan Lalui Jalan Itu.. Sebab Dia Mendapat Pujian Netizen

MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menerima pujian netizen apabila membantu mengawal lalu lintas dan memasang garisan amaran di lokasi pokok tumbang di Jalan Penghulu Cantik, Seremban, semalam.

Tiga keping gambar yang tular di laman sosial Facebook, hari ini menunjukkan Mohamad yang berada di lokasi kejadian memberi amaran supaya berhati-hati kepada pengguna jalan raya.

Berdasarkan komen netizen, mereka menyifatkan Mohamad sebagai seorang yang merendah diri dan dekat dengan rakyatnya.

Pegawai Penerangan negeri Juriyati Jalil berkata, dalam kejadian pada 6.30 petang, Mohamad dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai tugasannya di daerah Seremban.

Katanya, sebaik melalui lokasi beliau mendapati sebatang pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang melanda daerah ini, petang semalam.

“Tok Mat (Mohamad) turun dari kereta dan memasang garisan kuning. Beliau sempat memberitahu pengguna kenderaan supaya berhati-hati dan berpatah balik berikutan jalan tidak boleh digunakan,” katanya.

Juriyati berkata, Menteri Besar mengawal lalu lintas selama 10 minit sebelum memanggil Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Mat Ali Hasan untuk mengambil tindakan.

“Keadaan sudah terkawal kerana pokok yang tumbang sudah dialihkan. Laluan di Jalan Penghulu Cantik juga sudah boleh digunakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

SUMBER : HMETRO

BERIKUT ADALAH PERKONGSIAN NETIZEN DI FACEBOOK

“Senja semalam bertembung dengan Menteri Besar NS Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Jalan Penghulu Cantik. Di laluan yang berlaku pokok tumbang akibat hujan dan angin kencang petang semalam, beliau yang kebetulan lalu di jalan berkenaan segera turun dari kenderaan yang dipandunya dan memasang garisan larangan supaya pengguna kenderaan tidak tersasar ke jalan yang membahayakan.” – Juriyati Mat Jalil

Image may contain: one or more people, tree, car, outdoor and nature

Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Image may contain: tree, outdoor and nature

Rata rata mendapat pujian dari netizen di atas usaha beliau memberi amaran bahawa jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.

“Mak Teh MB..serba bolih….bokojo x do nk nunjok2….ni kang…x do kamera ambek gmba..x kojo…sobuleh2 eaa…nk kluar lam surat kaba.”

“Abu Abu MB N9 …..mano2 MB x buleh lawan kehebatan MB n9…..dio ckp dio buek….. ”

“Pak Ndak MAn Tokmat. Bila nak jd PM? Den tunggu yo tokmat jd PM. Pastu den pangkah barisan nasional balik…”

” Mohd Zamri TokMat den ni mmg terbaekk tea kau ea..mno ko nk jumpo org bosa porangai ea setanding mo TokMat den nie..
Tabik spring den kek TokMat

” Nora Zin Tok mat ni layak jadi perdana menteri malaysia..sebab dia dulu akauntan..pandai jaga duit dan laburkan duit..terbaik ”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *