Kenapa Aliff Syukri Jumpa Bekas Isteri Ude, Intan Liana? Apa Yang Aliff Syukri Nak Buat?

Baru saja dimuat naik sejam yang lalu, namun sokongan netizen terhadap usaha pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu membantu isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh, menerima pelbagai reaksi positif.

Dalam kenyataannya itu, Aliff Syukri berkata dia akan membantu Intan agar lebih yakin melalui kehidupannya di masa akan datang.

“Sabarlah, insyaAllah saya akan tolong awak okay? Sabar.

“Siapa sokong ibu ini, tolong komen di bawah (ruangan komen). Kalau ramai yang komen ‘I sokong’ lebih dari 1,000 orang, insyaAllah saya akan usahakan untuk beliau menjadi lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur kerana Aliff Syukri sudi membantu Intan yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya atas alasan sudah tiada hati untuk terus bersama.

“Alhamdulillah terima kasih Dato’. Saya sokong Dato’ tolong dia. Murah rezeki Dato’ menolong insan yang teraniaya,” kata Siti Norasniza.

“Saya sokong, berikanlah dia rezeki untuk anak-anaknya dan dirinya. Amin,” kata Eliza Hayati.

“I sokong sangat-sangat. Intan, awak mempunyai hati yang cantik. Jangan lemah tau, pasti ada yang terbaik untuk awak,” kata Fiyya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Intan bakal diceraikan oleh suaminya yang telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

SUMBER : The Reporter

“Wahh Jadi Duta Produk Ke?” – Temui Intan Liyana, Datin Shahida Bakal Berkerjasama Dengan Intan?

Isu kontroversi pelakon Izreen Azminda, Ude dan Intan Liyana masih lagi mendapat perhatian masyarakat.


Terbaru isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida tampil menemui madu Izreen, Intan yang telah difailkan cerai oleh suaminya baru-baru ini.

Menariknya kapsyen Instagram berkenaan yang disertakan dengan #nextproject membuatkan rata-rata membuat spekulasi bahawa Shahida bakal menjemput Intan untuk bersama-sama dalam projek terbaru mereka.

Walaupun dimuat naik dalam masa dua jam, entri Instagram berkenaan memperoleh hampir 30K likes daripada warga Instagram.

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga antara Intan, Ude dan Izreen menyebabkan ramai pihak tampil membantu Intan setelah wanita itu memberitahu bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan, dan hanya mengharapkan kakak dan anak saudaranya.

Selain ditawarkan menjadi duta oleh beberapa syarikat, Intan juga ditawarkan untuk menjadi model dan difahamkan bakal melancarkan produk kecantikan dalam masa terdekat.

Sumber Instagram Nur Shahida

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *