Kekecohan Berlaku Bila Najib Razak Tiba Di SPRM Hari Ini Untuk Memberi Keterangan

Video Penuh Kekecohan Berada Di Artikel Akhir

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.40 pagi.

Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dijangka mengadakan sidang media pukul 11.30 pagi ini.

SUMBER : ASTRO AWANI

Sejam berlalu, Najib dipercayai masih beri keterangan

Proses mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dipercayai masih berlangsung selepas satu jam bekas perdana menteri itu tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.

Najib yang tiba pada 9.42 minit pagi tadi diiringi peguam belanya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden masih belum keluar dari bangunan tersebut setakat 11.40 pagi ini.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan Anggota Parlimen Pekan itu masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Pagi tadi, Najib yang tiba di perkarangan bangunan SPRM diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah menunggu seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat liputan kes yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

Pada Jumaat lepas, SPRM telah menyerahkan notis meminta Najib hadir untuk memberi keterangan selepas suruhanjaya berkenaan membuka semula siasatan kes aliran wang dari SRC International iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Kekecohan Berlaku Semasa Najib Tiba DI SPRM Hari Ini

Beberapa kekecohan yang berlaku semasa kedatangan najib di SPRM yang dibanjiri ramai rakyat dan rakan media untuk mengetahui status dan perkembangan beliau hari ini. Sedikit kekecohan berlaku dan kesemuanya dalam keadaan terkawal

Youtube Kredit: Has Him

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *