Ini Tun Mahathir Respond Tentang Cadangan Masukkan Perjuangan Komunis Dalam Buku Teks Sekolah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan belum lagi mengkaji cadangan sesetengah pihak yang memohon kerajaan memasukkan perjuangan komunis di dalam buku teks sekolah.

“Kita belum kaji lagi. saya tak tahu ada orang lain yang cadang, bukan kita,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya adakah patut perjuangan komunis dimasukkan ke dalam buku teks, beliau berkata semua pihak harus mengetahui apa itu komunis.

“Kita bukan nak promosi fahaman komunis, tidak. Tapi kita kena tahu apa itu komunis, apa dia kapitalis, demokrasi, kleptokrasi semua kita kena faham,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui butiran lanjut mengenai 7 agensi di bawah Kementerian Kewangan bakal ditutup.

Beliau berkata, kerajaan masih lagi menyusun bahagian yang diletakkan di bawah kementerian-kementerian.

“Kerana kita mempunyai kementerian yang baharu dan juga kita mempunyai usaha untuk mengagihkan tugas-tugas kepada banyak menteri lain.

“Jadi kadang-kadang ada timbul pertindihan antara satu kementerian dengan kementerian lain, maka kita akan betulkan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kenyataan rasmi mengenai dakwaan 7 agensi di bawah Kementerian Kewangan bakal ditutup hanya akan diumumkan oleh Dr Mahathir.

Guan Eng berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini kerana kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

PENERANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PEMAHAMAN KOMUNIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *