Ingin Pergi Ke Resepsi Fazura Dan Fattah Amin? Ini Peluang Anda

Menunaikan janji mereka untuk menjemput 5,000 peminat bertuah untuk hadir meraikan majlis resepsi perkahwinan, Fattah Amin dan Fazura berkongsi gambar kad jemputan di Instagram menjemput peminat kesayangan mereka.

Kad perkahwinan berwarna biru dan putih itu baru dimuat naik di akaun Instagram pasangan tersebut. Tidak sampai 15 minit, hampir seribu komen membanjiri ruangan media sosial pasangan itu kerana terlalu teruja.

Rata-rata gembira dengan jemputan pasagan terbabit yang menjemput mereka untuk melihat dengan lebih dekat serta beramah mesra dengan pasangan itu. Ramai yang tidak sabar untuk hadir meraikan hari bahagia mereka.

Bukan senang selebriti popular menjemput peminat seramai itu untuk hadir ke majlis resepsi perkahwinan. Beruntung peminat Fattzura punya selebriti yang sayang dan hargai sokongan peminat. Agak-agak berapa lama kena beratur untuk bergambar dengan mereka ini?

Artikel Berkaitan..

Fattzura Undang 5,000 Peminat Bertuah Ke Majlis Resepsi

Berita baik untuk peminat Fattzura kerana pasangan itu bakal mengundang 5,000 peminat bertuah mereka untuk meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadakan pada Ahad ini di Royal Palace, Shah Alam.

“Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak”

“Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri,” katanya.

Menurut Fattah, acara berkenaan diadakan khas bagi menunaikan janji mereka untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat mereka yang tidak henti menyokong kerjaya mereka selama ini.

ada 25 Febuari lalu, pasangan kegemaran ramai ini telah melangsungkan majlis perkahwinan yang penuh gilang gemilang dengan konsep kayangan. Malah pelamin bak istana serta gaun Fazura menjadi pujaan peminat yang melihat.

SUMBER : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *