Ingat Lagi Dengan Siti Sifir. Ini Wajah Terbaru Siti Sifir Yang Memang Berbeza. Mesti Ramai Terpesona

” Satu darab dua, dua …dua darab dua, empat…” Masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini mengenai kaedah pembelajaran Sifir yang diperkenalkan oleh seorang kanak-kanak perempuan suatu ketika dahulu menerusi rancangan hiburan kanak-kanak terkenal, Along.

Siti Sifir Menggamit Memori

Along merupakan rancangan kanak-kanak yang melibatkan tiga karakter iaitu Along sebagai peneraju utamanya, Achik dan Angah begitu popular pada sekitar 1990-an sehingga tahun 2003. Kami pasti ada diantara anda yang begitu meminati rancangan ini terutamnya segmen Siti Sifir.Ramai yang menganggap jika anda tidak mengenali rancangan ini, bermakna anda bukanlah mereka yang berada dalam generasi 90-an.

Wajah Siti Sifir Terkini

Kini sudah hampir 20 tahun, ramai yang tertanya bagaimanakah wajah terkini Siti Sifir? Adakah bergelar seorang selebriti ataupun sebaliknya? Hasil carian netizen di media sosial mendapati seorang wanita yang dikenali sebagai Sabrina Musfirah adalah Siti Sifir yang sebenar.

Sudah meningkat dewasa, siapa sangka wanita cantik ini pernah menceriakan zaman kanak-kanak 90-an suatu ketika dahulu. SUMBER : HANGAT DOT COM

Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini

Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini

Kalau anda masih ingat dengan lima rancangan ini, anda memang legend! Sebelum kehadiran Upin-Ipin, Boboiboy dan sebagainya, kanak-kanak yang kebanyakannya 90-an juga ada rancangan kartun, animasi serta kuiz yang digemari antaranya lima ini. Pasti anda pernah tengok kan?

1) Di Mana Joe Jambul

Rancangan berbentuk kuiz ini paling popular dulu. Ia direkodkan di dalam studio dan peserta perlu melalui beberapa segmen untuk memastikan Joe Jambul dan konco-konconya ditangkap. Watak Di Mana Joe Jambul merangkumi ketua mereka, Joe Jambul dibantu lima orang geng penjahatnya yang terdiri daripada saintis, pakar bom, pakar komputer, orang kuat dan sebagainya. Rancangan ini menguji pengetahuan am dan geografi kanak-kanak. Pengacara rancangan ini adalah Norzizi Zulkifli.

2) ALONG

Rancangan Along lebih kepada hiburan sambil belajar. Along merupakan maskot kucing besar dan turut disertai oleh Angah dan kucing betina, Acik. Segmen paling popular haruslah Siti Sifir. Rasanya Siti Sifirbanyak berjasa buat kita sebab senang ingat sifir. Seingat kami,rancangan ni disiarkan pukul 7 malam, waktu maghrib jadi ramai la budak-budak kena tarik telinga masa ni. Tapi paling kami tak sangka, siapakah orang disebalik maskot Along tu adalah pelakon Beto Khusyairy!

3) Anak-Anak Sidek

Siapa tak kenal lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ini mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Dengan hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannyalah anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pulang pada tahun 1992. Selain rancangan TV, Anak-Anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.

4) Usop Sontorian

Usop, Dol, Abu, Singh, Ah Kim, Vellu, Abang Budin, Ayam Selebet merupakan siri kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994, Usop Sontorian merupakan siri animasi pertama di Malaysia. Lepas cerita ni, popularlah Parit Sonto, Johor.

5) Keluang Man

Lupakan Superman, Spiderman dan Ironman kerana kita ada Keluang ManKeluang Man merupakan siri animasi 2D berlatarbelakangkan 3D pertama di Malaysia. Namun cerita ni hanya bertahan selama tiga tahun dan diberhentikan apabila krisis kegawatan ekonomi tahun 1997-1998. Tapi lagu tema Keluang Man nyanyian Krisya masih melekat dalam kepala kami.

Sumber: Rojakdaily via OhGebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *