Hari Pertama Jadi Menteri Pertahanan Mat Sabu Sudah Meminta Maaf, Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku Pagi Tadi

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

Katanya, beliau sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada dirinya, namun sebagai manusia biasa beliau juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

“Memandangkan hari ini merupakan hari pertama saya di Kementerian Pertahanan, saya masih dalam proses memahami aspek protokol ketenteraan,” kata beliau di Facebook.

Mohamad memulakan tugas sebagai menteri pertahanan hari ini susulan kemenangan besar buat Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Hari pertama mula tugas Menteri Pertahanan

Menurutnya, beliau akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pada sidang akhbar pertamanya sebagai menteri pertahanan, pagi tadi, Mohamad mengakui berasa gementar untuk memulakan tugas beliau.

Beliau juga mengakui canggung dengan kehidupan ‘berprotokol’ setelah dilantik memegang portfolio yang disifatkannya sebagai sangat penting itu.

SUMBER : MKINI

Ditanya apa perasaan beliau hari ini?

Saya ditanya oleh pemberita, apakah perasaan saya pada hari ini?

“Sudah tentu gementar. Anda tahu saya selalu hidup bersama rakyat tetapi sekarang saya perlu ikut beberapa peraturan dan protokol.

“Ini satu suatu yang baru. Saya perlu biasakan dengan kehidupan baru ini tetapi saya fikir saya tidak perlu tukar gaya Mohamad Sabu”.

PEMOHONAN MAAF DARI MAT SABU, MENTERI PERTAHANAN

Assalamualaikum dan salam hormat.

Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan.

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama saya di Kementerian Pertahanan, saya masih dalam proses memahami aspek protokol ketenteraan.

Insyaallah, saya akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya.

Terima kasih. MOHAMAD SABU Menteri Pertahanan

Hari pertama Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan: I don’t want to change the ‘Mat Sabu style’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *