Gelak Besar Tun Mahathir Bila Dengar Mat Sabu Berucap. Apa Yang Kelakar Sangat Tun

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau Abang Mat Sabu membuat lawak politik dalam ucapan sempena 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. – Sumber video Youtube DramaOne

Antara lawak menarik Mat Sabu yang membuat Tun Mahathir turut tergelak besar ialah bila beliau bercakap soal pendedahan 1MDB menerusi asakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen sehingga menyebabkan bekas menteri semua terduduk diam ‘tunduk cekup telur’.

Video Penuh Berada Di Bawah

Malu mengaku letih depan Tun M

Keupayaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara walaupun sudah mencecah usia 93 tahun menimbulkan rasa kagum dalam kalangan barisan menteri baharu dilantik.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kecergasan Mahathir menyebabkan barisan menteri baharu dilantik selepas PRU 14 malu untuk mengakui letih.

Beliau yang juga Presiden Amanah Negara berkata, barisan menteri terpaksa melaksanakan pelbagai urusan rasmi setelah dilantik menganggotai barisan kabinet sejak tiga bulan lepas.

“Dalam satu pertemuan dengan duta, saya beritahu kepadanya bahawa kami berasa letih kerana perlu keluar dari rumah seawal jam 7.30 pagi sebelum pulang ke rumah kira-kira 11.30 malam.

“Namun, kami nak kata letih tidak boleh, dan jikalau letih pun kena buat-buat tidak letih sebab lihat Tun Dr Mahathir yang berusia 93 tahun pun boleh saja masuk pejabat jam 8 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 3,000 penyokong bersempena Jelajah Malaysia Baharu di Pejabat Pakatan Harapan (PH) di Dataran Stargate, semalam.

Menurut Mohamad, keupayaan Mahathir untuk terus bekerja dan mentadbir negara pada standard tinggi sedemikian menjadi piawaian kepada barisan menteri untuk mengikutinya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau mengakui tidak ramai memiliki pengalaman untuk mentadbir negara ketika PH mengambil alih kerajaan selepas PRU14.

“Yang berpengalaman, Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Kami yang ada, kebanyakan berpengalaman sebagai ahli parlimen, jadi kami tidak biasa dan kena belajar dari A,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau sendiri dapat menjalankan tugas dengan baik dan lancar hasil kerjasama yang bagus diberikan kakitangan di bawah kementeriannya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya mendapati sokongan rakyat untuk melihat Malaysia kembali pulih kepada asal dilihat sangat tinggi melalui sokongan dipamerkan mereka.

Katanya, rakyat membuktikan sokongan mereka dengan memberi sambutan dan berusaha membantu mengurangkan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion melalui Tabung Harapan dilancarkan pada Mei lepas.

“Malah lepas PRU14, saya lihat penyertaan sebagai ahli ke dalam Amanah makin banyak. Ada masuk Bersatu, ada masuk PKR. Tak mau yang tu, masuk DAP pun tak apa. Kita yakin tohmahan bahawa tidak peduli orang Melayu terhakis apabila ramai orang Melayu berhijrah menyertai PH,” katanya.

Terdahulu, beliau yang mesra dengan panggilan Mat Sabu sempat berseloroh berkaitan pengalamannya pernah memasuki penjara satu ketika dahulu.

“Ada setengah orang masuk penjara dulu baru jadi menteri, ada pula jadi menteri dulu pastu masuk penjara. Jadi, sapa-sapa nak tau hidup penjara macam mana, mai la tanya Abang Mat,” katanya SUMBER : SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *