Fasha Sandha Bersuara Untuk Diana Danielle Ketika Dalam Kemurungan .. Kenyataan Fasha Banyak Disokong Netizen

Pelakon Fasha Sandha memohon agar peminat memberikan semangat kepada aktres Diana Danielle yang sedang menempuhi dugaan berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil

Fasha menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi memuat naik foto ‘throwback bersama Diana beserta kata-kata sokongan kepada sahabatnya itu.

Selain itu, Fasha juga mendoakan agar Diana tabah menghadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah, Berikan lah kekuatan buat hati Seorang isteri dan seorang ibu. Semoga tabah menghadapi ujian.

“Berikanlah sokongan dan doa yang baik2 buat mereka. Semoga di PermudahkanNya. Amin.” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen entri berkenaan menerima pelbagai reaksi pengikut IG Fasha.

Rata-ratanya memberikan sokongan moral, titipan doa dan menganggap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah buat Diana Danielle.

Mereka juga mengucapkan rasa terima kasih kepada Fasha kerana memberikan kata-kata semangat buat Diana.

“I love you @dianadanielleb, keep calm dan jangan serabut sngat ok, keep positive. Setiap berlaku pasti ada jalan penyelesaian,” – @fazmillionairei

“@dianadanielleb kuatkan semangat Insha Allah kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat sis dan @faridkamilz malah apa pun yang terjadi hanya Allah yang mengetahui. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semestinya ada hikmah dengan apa yang terjadi.. #Doayangbaikbaik kakak kesayangan @fashasandha always love u lah. Semoga Allah memberkatinya. Semoga kakak di bawah rahmat Dan lindungan Allah SWT,” – @ idairdina21″

 

FARID RINDU ANAK ANAK?

Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan abangnya mempunyai masalah mental atau mengalami tekanan perasaan.

Fadzil, 34, berkata, aktor berkenaan mengadu sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.

“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,” kata Fadzil kepda mStar Online.

Fadzil ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sudah lama menanggung tekanan perasaan dan keluarga tidak mengetahuinya kerana pelakon itu seorang yang terlalu berahsia.

Tambahnya, buat masa ini Farid memerlukan sokongan orang terdekat dan mereka ada merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kaunseling.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini.

“Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar. Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak mengetahui perkara yang berlaku pada Farid.

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” katanya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Sumber: MSTAR PORTAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *