Dugaan Siti Nurhaliza Sebelum Melahirkan Siti Aafiyah. Kisah Yang Ramai Tidak Tahu

Akhirnya penantian selama 11 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk hamil dimakbulkan Allah SWT di usia 38 tahun. Tanggal 13 Oktober lalu, Siti Nurhaliza membuat pengumuman khas dalam sesi santai bersama rakan media. Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini nyata begitu teruja berkongsi pengalamannya hamil anak sulung.

Berita ini disambut gembira semua tetamu yang berada di pekarangan rumahnya di Bukit Antarabangsa. Tentunya berita ini juga diraikan dengan penuh kesyukuran oleh peminat Siti Nurhaliza.

Tiada kata lain yang dapat diucapkan oleh Siti dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 58.

Mereka bersyukur dengan anugerah terindah ini dan memohon semua pihak mendoakan yang terbaik.

Usaha Siti Nurhaliza Untuk Dapatkan Zuriat

“Jika ada yang kata saya tidak berusaha sebenarnya ini adalah salah satu usaha saya dan suami mendapatkan cahaya mata iaitu melalui rawatan kesuburan. Kehamilan sebelum ini normal kerana saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah cuma mungkin ketika itu saya alami keguguran kerana kurang rehat. Justeru untuk mengejar masa kerana usia saya 38 tahun, saya jalani rawatan kesuburan. Selepas kali ketiga melakukan rawatan, barulah saya hamil,” jelasnya yang kelihatan cukup ceria.

Tiga Bulan Terperap Dalam Bilik

Menceritakan lebih lanjut mengenai rawatan tersebut, Siti Nurhaliza memberitahu selama tiga bulan dia hanya duduk di dalam bilik sahaja.

“Selepas melalui rawatan tersebut, sampai sahaja di rumah saya dibawa naik ke atas rumah dengan menggunakan kerusi roda ke dalam bilik. Mula-mula bosan juga sebab saya dah biasa bekerja tapi demi mendapatkan zuriat, saya akur. Doktor nasihati saya supaya rehatkan emosi, jangan stres dan tidak boleh banyak bergerak.

“Inilah pengorbanan dan usaha saya untuk dapatkan cahaya mata. Oleh itu, saya terfikir untuk turut berkongsi dengan mereka di luar sana yang sukar untuk hamil tentang rawatan yang telah saya lalui ini. Mudah-mudahan lebih ramai lagi ibu-ibu yang akan peroleh cahaya mata,” katanya yang akan bekerjasama dengan pusat rawatan tersebut.

Hilang Selera Makan

Setiap ibu hamil pasti akan yang mengalami pelbagai alahan mengikut kekuatan tubuh badan sendiri. Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali dengan perkara tersebut. Jelasnya, selepas hamil dia merasakan kulit wajahnya berubah menjadi kasar sehinggakan dia tidak mahu untuk bertemu dengan orang lain kecuali keluarganya sendiri.

Siti Tidak Boleh Berenggang- Datuk Seri Khalid

Image result for siti nurhaliza buletin

Sementara itu, sebagai suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra dengan panggilan Datuk K turut mengulas bahawa ini merupakan hajat yang sudah lama mereka impikan.

“Lebih kepada Siti, saya mahu dia rasa pengalaman menjadi wanita hamil. Setakat mengandung ini, dia tak banyak kerenah cuma tak boleh lama berpisah. Siti sering tanya jam berapa nak balik ke rumah.

Siti Aafiyah Dilahirkan

Image result for siti nurhaliza buletin

Rezeki yang ditunggu tunggu oleh Dato Siti Nurhaliza dan Dato K. Kehadiran Siti Aafiyah sememangnya mengubah hidup Siti Nurhaliza. Sekarang beliau akan berkorban untuk anak nya pula. Semakin hari semakin cantik Siti Aafiyah

Kredit: Wanita

Jangan lupa saksikan ini..

Perkongsian dari hati .. 😊😊😊 #Repost @wasirilaswad ・・・ Yang ditunggu sudah pun tiba, Yang dinanti dah pun datang! Giliran untuk Penyanyi no1 negara, @ctdk sebagai artis jemputan program terbaru episod ketiga, #AbitWithEbit di @tvalhijrah114 🤩🤩🤩 Pendakwah @ebitlew bercerita tentang cahaya mata dengan Datuk Siti sampai habis menangis semua penonton dalam studio TvAlhijrah di Cyberjaya! 😱 Nasib baik ada @fadzli_aziz meriuhkan suasana dengan gaya santai ala-ala feel late night show siap dengan live band!! All in!!🤗😎😝 Penonton juga boleh menang hadiah besar dengan hanya jawab soalan mudah hantarkan ke talian SMS: '019-912 9869' Cuma hantar Nama, Alamat, Jawapan serta Slogan je. Soalan kuiz mudah yang amat, memang sengaja nak bagi 😚 Sila layari: www.alfatehgold.com kalau nak menang.pakej.umrah dan barangan elektronik secara percuma saja, hanya tonton jawab kuiz sewaktu siaran dan pemenang akan dihubungi! Thats it! 🤗 BERSIARAN SETIAP SELASA JAM 7:30 MALAM SIARAN ULANGAN JAM10:00 MALAM P/S: Penonton digalakkan snap gambar tv di rumah anda sewaktu menonton program #abitwithebit dan tag @tvalhijrah114 @ctdk @ebitlew @fadzli_aziz @wasirilaswad untuk do repost semula!! 😘😘😘

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Edited: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *