Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Berdebat Dengan Lim Guan Eng Tentang Dimana Duit 1MDB Tetapi Reaksi Mat Sabu Dekat Sebelah Tu

Guan Eng bidas Wee tak tahu bayaran hutang RM7 bilion 1MDB

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) kerana tidak tahu kerajaan membayar RM7 bilion untuk mengurangkan hutang 1MDB sebelum pilihan raya umum ke-14.

Ia bermula ketika ucapan penggulungan titah Agong apabila Guan Eng bertanyakan pada Wee sama ada bekas menteri itu tahu kerajaan ada membuat pembayaran itu.

1MDB ialah syarikat milik kerajaan.

“Adakah anda tahu RM7 bilion telahpun dibayar oleh kerajaan persekutuan mewakili pihak 1MDB,” kata Guan Eng.

Wee bangun dan berkata soalan menteri itu tidak adil kerana dia hanya boleh menjawab berdasarkan fakta yang ada padanya.

“Saya tahu apa yang benar sahaja, apa yang tak benar saya tak tahu,” kata Wee.

Guan Eng kemudian meminta Wee supaya duduk kerana tidak boleh menjawab soalannya.

“Kalau tak boleh jawab sila duduk, jadilah ‘gentleman’ macam Bagan Datuk (Zahid Hamidi),” katanya.

Menteri menimbulkan isu itu ketika memberi penjelasan tentang jumlah hutang negara kepada Dewan Rakyat. Sebelum ini, Putrajaya mengumumkan hutang negara mencecah RM1 trilion.

Tengok Bertapa Rileknya Mat Sabu. Dia perhati je 2 orang tu. Reaksi muka dia memang priceless.

Mat Sabu Respond Najib Razak Tentang Menteri Kartun Dengan Bagi Satu Potongan Ayat Yang Memang Dalam Maksudnya

Menteri pertahanan itu berkata tindakan Najib Razak mengulas prestasinya di luar Parlimen adalah tidak ‘gentleman’.

KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak mengulangi kata-katanya dalam Dewan Rakyat selepas kemampuannya sebagai menteri pertahanan dipertikaikan oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata tindakan Najib mengulas prestasinya di luar Parlimen adalah tidak “gentleman”.

“Saya tak mahu jawab kalau komen di luar. Saya nak jawab dalam Parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk bawah pusat,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib mempertikaikan kemampuan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi menteri pertahanan kerana presiden Amanah itu lebih seperti bahan lawak dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu.

Najib yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun memberitahu hadirin dalam sebuah program kempen Barisan Nasional di Sungai Kandis baru-baru ini yang Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bukan seseorang yang kelihatan begitu yakin ketika mewakili Malaysia ke luar negara.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya menjadi menteri pertahanan.

“Saya baru 2 bulan jadi (menteri) nak nilai seseorang yang 2 bulan itu, belum tiba masanya.

“Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggulah dan lihat,” katanya.

SUMBER : Free Malaysia Today

Ayat Deep Mat Sabu Kepada Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *