Datuk Adi Putra Akhirnya Mendedahkan Sebenarnya Dia Berasal Dari Negara Mana. Rahsia Ini Telah Lama Dia Pendam

PELAKON kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Adi Putra mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia mengumumkan mengenai perkara itu kepada umum.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

Datuk Adi Putra akhirnya umum status warganegara sebenar

“Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

“Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat,” tulisnya.

Ini apa yang ditulis di dalam Instagram rasmi Datuk Adi Putra dan ditujukan kepada semua orang.

Ramai menjadi persoalan ttg kerakyatan saya, memang benar dilahir di singapura, berkecimpung dunia Perfileman di m’sia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di m’sia, istri Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran m’sia, anak2 warga m’sia, saya menjadi warga m’sia dah lama TAPI dah tiba masa saya umumkan status warga saya ialah M’sia.

.

Apa yg tertulis tadi diketepikan dahulu, yg penting skarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing2. Maupun saya dibenci, saya trima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang kurangnya semua Petronas di m’sia sediakan Surau utk Solat sekira terlambat ke masjid, surau dan rumah.

.

Janji dapat solat. ( dari mana dtgnya surau petronas sehingga kini ) Akhir kata, SAYA PILIH BIRU, seumpama Ombak, dan Dunia diselubungi Air. Pemimpin yg cekap membawa kapal layar, kapal tak akan karam
bila dipukul Ombak. ( mana nak comment silakan mau yg baik atau buruk. ) Allah ku Satu, Jadi AKU TAAT PADA YG SATU. Pilihlah mana terbaik mengikut Akal tapi bukan nafsu.


Kenyataan ini seperti kebetulan dengan hampirnya waktu pilihanraya, munkin beliau tidak mahu ada yang mempertikaikan bukan warganegara Malaysia pergi mengundi jadi beliau awal awal beritahu bahawa dia adalah warganegara Malaysia dan bukan dari Singapura.SUMBER : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *