Dah Makan Tapi Taknak Bayar Lepas Itu Bagi Macam Macam Alasan

Durian sememangnya antara buah yang bukan semua orang suka dan bukan semua orang mampu beli. Harga yang boleh mencapai RM50 sekilo ternyata buah durian antara buah termahal. Tetapi ada juga buah durian yang harganya murah dan baru baru ini di penghujung musim durian, rata rata penjual durian meletakkan harga mampu milik.

Keistimewaan Buah Durian

Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.

Bila Musim Durian

Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari.

Tular Makan Tak Nak Bayar

Baru baru ini tular di media sosial bila rakaman video pelanggan tidak mahu membayar buah durian yang telah dimakan. Alasannya kerana buah durian tersebut tidak menepati citarasa mereka. Pertengkaran berlaku antara pemilik kedai durian dengan pelanggan dan pelanggan tersebut menyatakan mereka hanya makan sedikit dan bukan separuh seperti dikatakan oleh pemilik kedai tersebut.

Justeru tiada persefahaman mampu dicapai, pemilik kedai tersebut berang dan menyuruh mereka pulang sahaja kerana mereka masih berkeras tidak mahu bayar. Rata rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut kerana tidak membayar.

Video Penuh

By: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *