Bekas Ketua Menteri Ini Berkata Jangan Takut Singkirkan Najib Razak Dari UMNO

Saranan beberapa pemimpin kanan Umno supaya parti itu mengketepikan bekas presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak terus mendapat momentum.

Terbaru, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pula menyuarakan pendapat sama di Facebook dengan berkata kepemimpinan Umno mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

“Jika Umno benar-benar berazam untuk berubah dan memperbetulkan imejnya yang rosak musnah di kaca mata ahli-ahli dan rakyat jelata, kepemimpinan mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan keahlian Najib sebagai tanda komitmen perjuangan parti.

“Rakyat akan menghargai bahawa dalam perjuangan untuk negara, kebijaksanaan dan tanggungjawab agung Umno adalah memilih kepentingan rakyat sebagai keutamaan nasional yang jauh lebih besar dari hanya terkial-kial mempertahankan kepentingan mana-mana individu tertentu,” katanya.

Menurut Rahim yang kini adalah pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), ahli dan kepemimpinan Umno akan menerima padah jika masih malu untuk membuka mulut dan takut serta gentar bersuara terhadap salah laku mana-mana pemimpin.

“Ramai masih sayang dan hormat kepada bekas presiden Umno yang lalu termasuk saya sendiri yang telah berjuang bersama-sama beliau sejak zaman Pemuda dulu.

“Tapi penyingkiran keahlian Umno terhadap bekas presiden Umno oleh Umno sendiri akan dilihat dan dirasai rakyat satu pengorbanan politik yang amat besar dan satu manifestasi gergasi parti yang keramat ini untuk mempastikan rakyat akan menyokong perjuangannya di masa akan datang tanpa apa-apa keraguan atau prasangka buruk,” katanya.

Rasa benci rakyat

Menurut Rahim, keberanian pemimpin Umno menyatakan pendirian sedemikian dan menegakkan kebenaran dapat menebus rasa benci rakyat kepada parti akibat kleptokrasi dan rasuah.

“Rakyat akan menghargai bahawa dalam perjuangan untuk negara, kebijaksanaan dan tanggungjawap agung Umno adalah memilih kepentingan rakyat sebagai keutamaan nasional yang jauh lebih besar dari hanya terkial-kial mempertahankan kepentingan mana-mana individu tertentu.

“Bukan kami tak sayang bekas pemimpin kami tapi kami lebih sayang perjuangan Umno yang keramat ini tidak dikiamatkan,” kata Rahim.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, adalah mustahil Umno untuk bangkit daripada kekalahannya jika ia terus mengimbau masa lalu dan membenarkan Najib yang akan dibicarakan terlibat dalam hal ehwal parti.

Khaled turut menyokong sentimen yang disuarakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini bahawa Umno mesti kembali kepada falsafah dan asas penubuhannya iatu menegakkan kepentingan Melayu dan tidak memandang rendah kaum lain dalam usaha mendapatkan kuasa.

Johari yang juga ketua Umno Titiwangsa, turut dilaporkan berkata, bahawa adalah satu kesilapan untuk membiarkan Najib berkempen untuk BN pada pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini memandangkan bekas perdana menteri itu dicemari tuduhan rasuah yang akan menyaksikan Umno terpalit sama SUMBER : Malaysia KINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *