Artis Johan As’ari Suruh Periksa Rumah Perdana Menteri Tun Mahathir Sebab Mesti Banyak Duit Jugak. Kenapa Dia Tulis Status Begitu?

Sememangnya hak kita apa yang kita tulis di lama sosial tetapi ada ketika dimana kita harus berhati hati dalam menulis kerana di laman sosial adalah amat bahaya terutama jika tersalah tulis mengenai sesuatu atau seseorang.

Sekiranya anda seorang selebriti atau seorang yang dikenali ramai, sila lah berhati hati di dalam apa bentuk penulisan mahupun gambar atau video.

Johan suruh check rumah Tun M, tengok duit

PELAKON Johan As’ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang di Twitternya @JohanAsari terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.

Tulisnya, ‘Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit.’ diikuti dengan emoji duit.

Ekoran itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut.

Antara pengikutnya di Twitter berkata;

‘I lost my respect dekat you Johan’

‘Sorang lagi cari publisiti. Kesian’

‘Saja cari publisiti murahan nak suruh viral’

INI RESPOND JOHAN SAMADA BENAR ATAU TIDAK DIA MENULIS

Johan yang dihubungi mengakui bahawa dia yang menulis kata-kata itu.

“Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas.

Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.

“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya lagi.

TWITTER JOHAN

SUMBER : SINAR HARIAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *