Anak Bekas Perdana Menteri Nizar Najib Beritahu Sebab Kenapa Perlu Sokong Lokman Adam

SHAH ALAM, – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam hari ini berkongsi pentas dengan Datuk Mohd Nizar Najib yang merupakan anak kepada mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sempena Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bertempat di Taman Rakyat Klang, Datuk Mohd Nizar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan menyeru pengundi agar memberikan undi mereka kepada calon BN, Lokman supaya suara rakyat dapat dibawa pada sidang DUN khususnya dalam usaha menuntut janji yang telah diberikan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.

“Saya menyerulah kepada seluruh pengundi di Sungai Kandis ini memberi peluang kepada Datuk Lokman kerana dalam kerajaan yang berpaksikan kepada demokrasi kita perlu ada ‘check and balance’.

“Lokman mempunyai kapasiti dan kredibiliti untuk memberi tekanan dan mempunyai suara yang lantang serta tegas untuk memperjuangkan suara rakyat di DUN Selangor dan saya percaya sekiranya beliau diamanahkan dengan tugas berkenaan ia mampu dilaksanakan dengan penuh semangat.

“Berilah peluang kepada beliau dan kita yakin mampu lakukan yang terbaik,” katanya ketika berucap bersama program ‘Speaker Corner’ yang diadakan di Taman Rakyat, di sini, hari ini.

Tumpuan Penduduk Sungai Kandis

Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) N49 Sungai Kandis, Datuk Seri Mohamad Hassan bersalaman bersama penduduk yang hadir sebaik selesai berucap dalam kempen PRK N49 Sungai Kandis bagi membantu kemenangan calon BN , Datuk Lokman Noor Adam pada majlis ceramah penerangan di Taman Sri Andalas, malam ini.

Sumber: Umno Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *