‘Ally Iskandar’ Pernah Memancing Faradhiya Menjadi Gadis Peneman (Pelacur VIP)?? Rupa Rupanya Ally Iskandar ..

Salah satu pengalaman hitam untuk artis Faradhiya hampir ditipu pada tahun 2016. Mari ikuti kisah Faradhiya dan Ally Iskandar ini.

Penyanyi Farahdhiya mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara sebuah program televisyen.

“Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku pada saya sebelum ramai lagi tertipu. Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi.

“Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu,” ujarnya.

Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa foto perbualannya dengan individu itu di laman Instagram miliknya pada malam Rabu.

 

Tambah Farah, individu tersebut kemudiannya mula menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.

Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan, selain perlu menemani seorang VIP bercuti keluar negara.

“Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.

“Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak,” ujarnya.

Farah berkata, dia sudah menghubungi Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Sehubungan itu dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar menerima tindakan sewajarnya.

“Saya sudah bercakap dengan Ally Iskandar yang sebenar dan dia beritahu bahawa sudah beberapa orang lain turut terkena daripada individu yang sama.

“Saya akan buat laporan polis terhadap perkara ini dan saya risau kalau ada artis baru terpedaya dengan penipu ini,” ujarnya.

SUMBER : MSTAR ONLINE / Feb 2016

NotaKaki: Bukan sahaja artis malah zaman sekarang ini orang biasa pun selalu ditipu. Jadi berhati hati lah ketika berurusan.

BIODATA FARADHIYA YANG TIDAK RAMAI ORANG TAHU

Ramai tidak menyangka Farahdhiya Mohd Amin, gadis kacukan Melayu-Inggeris gemar membabitkan diri dalam aktiviti lasak. Antaranya ialah memandu kereta atau go-kart dengan laju. Sedikit masa lalu, beliau dikaitkan sebagai orang ketiga yang menyebabkan keretakan rumahtangga Abby Abadi dan Norman Hakim. Kemudian, Farahdhiya dicop pula sebagai ‘aweks comel’ kepada penyanyi popular, Hattan. Mereka dilihat begitu intim seperti pasangan bercinta. Namun, apabila ditanya, mereka berdua tidak mengaku bercinta.

PROFIL: Farahdhiya Mohd Amin
Tarikh Lahir: 28 April 1984
Tempat Lahir: Sarzana, Itali
Kediaman: Kuala Lumpur
Keturunan: Melayu-Inggeris
Adik Beradik: Bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Penyanyi
Album: Bertakhta Di Hati
Idola Tempatan: Nicol Ann David (Skuasy)
Idola Luar Negara: Marion Jones (Olahraga)

SUMBER : Buddiey

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *