Alhamdullilah Lelaki Ini Tidak Tinggalkan Solat Tetapi Lihat Dimana Lelaki Ini Mengerjakan Solat

Tular di laman sosial kelihatan seorang lelaki sedang mengerjakan solat tetapi dia melakukan solat di dalam kuil sikh. Video tersebut mendapat pelbagai respond. Ada yang menyatakan lelaki tersebut munkin orang luar dan dalam kesuntukkan masa untuk mengerjakan solat dan tidak perasan bahawa kuil sikh lebih kurang sama dengan mesjid terutama pada kubah.

Yang uniknya, walaupun ramai yang berada di dalam kuil tersebut tiada seorang pun yang menganggu lelaki ini solat sehingga dia selesai. Subhanallah ..

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Kuil Sikh

Image may contain: sky and outdoor

Adakah sah solat kita?

Mari baca penerangan dibawah.

Solat adalah mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t. Jadi tidak kira di mana pun anda boleh berhubung dengan Allah s.w.t. kerana Allah adalah Maha Melihat

Al-Qur’an dan as-Sunnah tidak pernah mewajibkan umat untuk bersolat di atas sesuatu, malah sumber nas menerangkan bahawa umat Islam boleh bersolat di mana sahaja di bumi ini seluruhnya. Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda:

Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.

Dalam satu hadith lain beliau juga telah bersabda:

Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana saja ia dapat.

Ditambahi lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bahawa keseluruhan bumi ini adalah masjid untuk umatnya dengan sabda beliau:

Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu).

Solat adalah mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t. Jadi tidak kira di mana pun anda boleh berhubung dengan Allah s.w.t. kerana Allah adalah Maha Melihat

Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Surat Al-Baqarah 2:110) Kredit: Facebook Anak-Anak Pasir Puteh

Jadi dimana pun kita berada cukup 3 syarat ini dah boleh solat.. Wallahualam

1. Rukun qalbi: Rukun yang bersangkut paut dengan hati iaitu niat.

2. Rukun qauli: Rukun yang bersangkut paut dengan perkataan, seperti takbiratulihram, membaca surah al-Fatihah, Tasyahhud (tahayyat akhir), salawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan salam.

3. Rukun fi‘li: Rukun yang bersangkut paut dengan perbuatan, seperti berdiri, rukuk dan sujud.

By: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *