Akhirnya Zarul Dedahkan Isteri Beliau Yang Memang Jarang Muncul Di Media.. Memang Cantik Dan Sesuai Dengan Zarul

Jarang berkongsi gambar keluarga bagi menghormati privasi isteri dan anaknya, penyanyi, Zarul Husin, mengetepikan seketika prinsip kerjaya sempena ulang tahun perkahwinan kelapan.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, semalam, Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin, 44, menunjukkan sisi romantik apabila memuat naik foto dirinya di sisi isteri, Intan Nur Fathihah, berserta ucapan terima kasih buat suri hatinya itu.

“Untuk isteri tercinta, sempena ulang tahun perkahwinan ini, terima kasih di atas segala kasih sayang yang tidak terbanding, terima kasih kerana sentiasa di sisi ketika saya sangat memerlukan.

“Terima kasih kerana sentiasa di belakang saya dalam apa juga yang saya perjuangkan selama ini, terima kasih kerana sentiasa mendahulukan saya dalam segala hal.

“Terima kasih kerana tabah menerima segala khilaf saya, terima kasih kerana sentiasa mempertahankan saya dari segala kemudaratan. Saya cintakan awak,” luah Zarul menerusi kapsyen yang mengiringi gambar terbabit.

Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisha, 20. Bagaimanapun mereka berpisah pada 2005.

Kemudian, Zarul mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Intan pada 29 April 2010.

Bekas pramugara itu turut memuat naik video ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan mereka daripada rakan seperjuangan dalam program Mentor Otai iaitu Misha Omar, Siti Sarah dan Elly Mazlein.

Sekali-sekala bawa isteri apa salahnya? – Zarul

KUALA LUMPUR: Pernah membuat kenyataan enggan terlalu mendedahkan identiti keluarga, penyanyi dan pelakon, Zarul, mengakui sengaja membawa isteri, Intan Nur Fathihah, bersamanya ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), Ahad lalu.

Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin, 44, berkata itulah kali kedua beliau meminta Intan menemaninya pada acara hiburan.

“Kali pertama saya membawa isteri ke acara hiburan adalah pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH2013).

“Hendak diikutkan, memang saya tidak mahu mendedahkan sangat identiti keluarga untuk tatapan umum, tetapi memandangkan sudah ramai yang bertanya di mana isteri saya, jadi saya bawalah dia bersama-sama.

“Kebetulan pula isteri tidak bekerja, jadi bolehlah dia ikut saya. Sekali-sekala bawa isteri, apa salahnya?” katanya kepada BH Online.

Ahad lalu, kemunculan Zarul bersama isterinya pada acara permaidani merah AJL 32 mendapat perhatian netizen. Ramai peminat meluahkan rasa gembira melihat kehadiran pasangan berkenaan pada acara berprestij itu.

Namun begitu, Zarul menegaskan dirinya masih kekal dengan pendirian untuk tidak terlalu berkongsi cerita peribadi dan perihal keluarga bersama orang ramai.

Katanya, beliau mahu memastikan wanita kesayangan mahupun anaknya, Puteri Ayu Nur Arisha, 20, tidak diganggu oleh apa saja pandangan negatif segelintir pihak sehingga mampu menjejaskan kehidupan normal mereka.

“Biasalah, apabila bergelar selebriti, kita mudah terdedah dengan pelbagai cerita gosip. Jadi, apa yang saya lakukan ini sebagai langkah berjaga-jaga… Itu saja,” tuturnya.

Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan anak perempuan, Puteri. Bagaimanapun mereka berpisah pada 2005. Kemudian, Zarul mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Intan pada 29 April 2010.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjaya seni pula, Zarul bakal terbabit dengan program realiti siaran TV3, Mentor Otai. Selain dirinya, turut dipilih sebagai mentor kali ini ialah Misha Omar, Siti Sarah dan Tam Spider.

Dalam pada itu, Zarul juga akan tampil dengan single baharu hasil ciptaan sepenuhnya Aepul Dramaband berjudul Remuk.

“Remuk masih lagi mempunyai konsep irama 90-an, tetapi disuntik sedikit elemen muzik moden. Insya-Allah ia dijangka dilancarkan pada April depan,” katanya yang mahu menyiapkan muzik video lagu itu terlebih dulu sebelum pelancarannya diadakan.

sumber :

https://www.bharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *