Akhirnya Ketua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Mendedahkan Bagaimana MP Dari Utara Mengugut Dia Pada 2015

Video Penuh Di Bawah Artikel

PETALING JAYA: Pelbagai halangan terpaksa dilalui ketika menjalankan proses siasatan pertama kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberitahu salah satunya adalah gangguan daripada salah seorang ahli Parlimen dari utara tanah air.

“Seorang ahli Parlimen yang terkenal dengan ‘king of cash’ (gelaran) dua kali bertemu dengan saya meminta saya menghentikan siasatan.

“Dia tanya saya ‘apa you nak’?

“Dia tanya saya ‘apa you nak’? Saya jawab ‘jangan kacau siasatan saya biar kami siap siasatan dan biar AG (Peguam Negara) yang putuskan,” katanya pada sidang media, Selasa.

Tidak cukup sekali, Mohd Shukri berkata ahli Parlimen berkenaan sekali lagi bertemu dengannya.

“Tak puas hati. Kali kedua dia datang, minta saya ‘settle’ lagi.

“Tapi saya bagitau ‘sekali lagi you datang, saya akan tangkap sekarang juga. Jadi itulah yang berlaku,” katanya mengimbas kejadian sekitar 2015.

Menurut Mohd Shukri, beliau berasa sedih kerana dituduh melakukan konspirasi dan pembelot kerana menyiasat kes SRC International dan 1MDB seterusnya mahu mengembalikan wang negara.

“Padahal kami berjuang untuk negara. Nak ambil balik duit negara, dan AS pun dah janji nak bagi balik ke negara,” katanya.

Ditanya mengapa beliau hanya diam dan tidak bersuara secara terbuka selepas bersara, Mohd Shukri berkata beliau tidak melihat cara itu akan memberikan kesan kepada masyarakat.

“Kita takkan berjaya, kita hanya berjaya pada hari pertama dan ditangkap, kemudian orang Malaysia akan lupa.

“Lebih baik guna strategi sampaikan maklumat kepada rakyat, melalui kumpulan WhatsApp, kelompok kecil, memang ramai dapat beribu-ribu orang, saya jumpa orang saya beritahu, cara tu lebih berkesan daripada cakap secara terbuka,” katanya.

Mohd Shukri berkata selama ini beliau tidak pernah menceritakan tentang tekanan dan dugaan yang perlu dihadapinya kepada sesiapa pun.

“Saya tak pernah cerita perkara ini kepada anak buah saya, anak bini saya sebab saya bimbang mereka takut atau tidak bersemangat. Kat polis pun saya tak buat report (laporan).

“Saya simpan sampai hari ini. Rupa-rupanya Allah beri peluang untuk saya bercerita hari ini,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

“Di Washington, saya menangis seperti budak kecil depan Mat Salih” – Mohd Shukri

“Saya sudah janji nak cerita pengalaman siasatan SRC dan 1MDB. Sebelum itu saya sebenarnya tidak mahu kembali ke SPRM ini, sebab saya dah bersara. Saya bahagia jadi pesara.

“Tetapi apabila dipanggil berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad saya tidak dapat menolak.

“Bukan sebab apa kerana apabila saya melihat beliau yang berusia 93 tahun masih lagi sanggup bekerja untuk negara, akhirnya saya terima dengan satu syarat. Saya kembali untuk selesaikan tugas yang belum selesai,” jelasnya pada sidang media, Selasa.

Mohd Shukri memberitahu, selepas bersara beliau pergi ke Washington (Amerika Syarikat).

“Dalam perjalan ke sana, saya sengaja timbulkan cerita bahawa saya akan pergi ke Jeddah. Dan ketika itulah pihak berkuasa Malaysia menghantar ‘red alarm’ ke Jeddah suruh tangkap saya.

“Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Kemudian saya lari ke New York menaiki keretapi dan bertemu dengan kawan di NYPD. Mereka memberi perlindungan selama seminggu bersama tiga orang ‘bodyguard’.

“Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan melihat berita pegawai-pegawai saya ditangkap dan ditukar.

“Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan ‘Mat Saleh’. Saya sayangkan SPRM dan rasa bersalah sebab anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

“Saya diam seketika. Kemudian saya ‘WhatsApp’ dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low.

“Saya sampai tahap mengugut mereka jika tidak lepaskan anak buah dan beri jawatan lama kepada mereka, saya akan balik dan dedahkan semuanya.

“Saya nak gunakan kuasa saya untuk tangkap mereka kerana menghalang siasatan. Saya akan buat. Dan Alhamdullilah selepas itu Shahidan dan Paul Low bagi balik tugas kepada pegawai saya.

“Saya dan Tan Sri Abu Kassim berjuang untuk selamatkan negara. Tetapi kami dituduh pembelot,” jelasnya yang sedikit beremosi.

Tambah Mohd Shukri, beliau dan Abu Kassim berterusan berjumpa dengan menteri-menteri untuk memberitahu kes RM2.6 bilion adalah kisah benar.

“Dalam ramai-ramai menteri, hanya tiga orang sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Kes 2.6 bilion bukan cerita rekaan. Ia sangat besar. Memandangkan usaha kami tidak berjaya kami pergi jumpa Majlis Raja-Raja, namun hampa.

“Dan saya mengambil keputusan bersara lebih awal memandangkan Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan masuk lebih awal sebagai KP SPRM.

“Saya tidak boleh bekerja dengan pembelot seperti dia,” jelas Mohd Shukri.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Sidang media penuh KP SPRM cerita pengalaman hitam siasatan 1MDB, SRC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *