Akhirnya Datuk K Ceritakan Sendiri Apa Sebenarnya Berlaku Sebelum Kelahiran Puteri Sulung Mereka

Tahniah dari kami kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Dato K diatas kurniaan rezeki yang tidak ternilai ini, amin – Buletin Netizen

“Ya, itu gambar anak kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Rata-rata netizen meminta pemilik akaun itu membuang status dimuat naik.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar itu.

“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.

“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE

‘Itu bukan bayi Siti’

PENGURUS penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menyelar tindakan segelintir pihak menularkan gambar Siti bersama seorang bayi.

Menurut Rozi, berikutan tersebarnya gambar itu ramai beranggapan bayi terbabit adalah puteri sulung Siti yang dilahirkan pagi tadi, hari ini.

“Jangan percaya apa yang tersebar. Seperti semua sedia maklum, Siti dan suami akan berkongsi wajah dan nama penuh anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

“Selagi gambar itu bukan daripada Siti, ia tidak sahih,” katanya kepada Harian Metro.

Rozi berkata, kewujudan pihak menggunakan nama Siti untuk menyebarkan berita palsu bukanlah perkara baru.

“Saya tak faham apa tujuan sebenar pihak terbabit. Kalau boleh berhentilah mengelirukan orang lain. Jangan hanya kerana gambar berkenaan, semua orang terpedaya,” katanya.

Sementara itu, Rozi ketika dihubungi Harian Metro menerusi program Sembang Sembang Comel Pipi Merah berkongsi wajah anak Siti serupa dengannya.

Malah, Rozi berkata Siti masih dalam pemantaun rapi kerana bersalin secara pembedahan.

“Alhamdulillah, keadaan anak Siti sangat baik. Wajahnya mirip Siti dan sangat comel. Siti sudah menyusukan anak. Saya dan ahli keluarga lain dapat melihat bayi di tempat jagaan bayi.

“Bercakap mengenai keadaan Siti, dia menjalani pemerhatian khusus daripada doktor kerana bersalin secara pembedahan. Ini prosedur biasa, jadi kami perlu hormati. Doakan semoga semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

SUAMI Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang tadi.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Datuk K Dedah Apa jadi Pada Datuk Siti Nurhaliza Masa Melahirkan Fatimah Az Zahra

Sumber Youtube: Alya Adriana

Detik-Detik Datuk Siti Nurhaliza Melahirkan Anak Pertamanya

Sumber Youtube: Wow Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *