Adakah Dato Seri Vida Cuba Menipu Orang Ramai Dengan Teknik Ini. Ini Jawapan Dato Seri Vida

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Vida, seorang ahli perniagaan selebriti yang sering menjadi bual bicara rakyat Malaysia.

Terbaru, beliau memperkenalkan Lavida Coin (LVC) iaitu sejenis matawang kripto. Beliau telah melancarkan Skim Crypto Club dan Lavida Coin di Menara Felda Kuala Lumpur pada 11 Ogos yang lalu.

Selain daripada Lavida Coin, Datuk Vida juga mengenalkan LAVIDAPAY iaitu satu ‘payment gateway‘ yang mempunyai sistem blockchain sendiri sebagai penyimpanan data.

Pihak beliau juga meletakkan Lavida Coin dengan nama julukan “Step Mother of Coin”.

Lavida Coin Satu Penipuan?
Satu kumpulan daripada Facebook yang aktif dalam mendedahkan skim penipuan wang di Malaysia menyatakan skim yang dianjurkan oleh Datuk Vida adalah bermasalah. Menurut kumpulan itu (Ponzi Scheme Alert), skim ini bermasalah kerana ia hanyalah kesinambungan dariapada skim asal Evocoin Malaysia yang hampir lingkup.

Ponzi Scheme Alert juga mendakwa ia adalah Evocoin cuma ditukarkan namanya berikutan suntikan modal oleh Datuk Seri Vida.

Gambar di atas adalah poster promosi soft launch yang telah diadakan oleh DSV Crypto Club pada awal bulan ini.

Apa bukti Lavida Coin adalah jelmaan daripada Evocoin yang bermasalah? Lihat gambar di bawah, tulisan di dinding facebook oleh Rahmad Mega.

 

Cuma Ingin Membantu Melalui LavidaCoin – Datuk Vida

Memetik daripada UtusanOnline, Datuk Seri Vida mendakwa beliau telah mencuba sendiri pelaburan matawang kripto sejak dua tahun lalu dan mendapati aktiviti tersebut menguntungkan.

“Saya tidak mungkin boleh membantu setiap orang dengan menghulurkan wang semata-mata, sebaliknya  saya mahu khalayak juga berpeluang menikmati rezeki seperti saya.

“Justeru saya berkongsi kaedah terkini melalui LavidaCoin yang bukan sahaja mudah malah tidak membebankan serta mampu menjana pendapatan yang lumayan, katanya. SUMBER : MOSHED

Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti Lavida Coin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.

“Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.

“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.

Sehubungan itu, SC menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sewajarnya dan berwaspada terhadap risiko terlibat dalam mana-mana skim pelaburan, terutama skim membabitkan mata wang kripto dan token digital. – BERNAMA

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *