2 Wanita Bertumbuk Siap Sarung Tangan. Ini Apa Yang Terjadi

Seni mempertahankan diri bukan terhad kepada lelaki sahaja malahan wanita juga. Zaman sekarang kita tidak boleh memandang sebelah mata kepada kaum hawa kerana zaman sekarang kebanyakkan wanita sudah mahir dengan seni mempertahankan diri.

Banyak kes kes dimana wanita diganggu seperti cubaan mengusik atau meragut akan tetapi ada kes dimana wanita tersebut berjaya mempertahankan diri.

Tengok video di bawah Nampak ayu kan .. tengok betul betul apa wanita ini boleh buat.

Muay Thai juga banyak diminati oleh wanita. Mari baca artikel bawah ini dulu tentang Tomoi dan Wanita.

MARAN – Persatuan Seni Silat Tinju Malaysia Daerah Maran mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam seni mempertahankan diri itu.

Wanita mula minat tomoi

Pengerusinya, Mohd Rashid Abdul Majid berkata, perkembangan sukan yang semakin popular itu turut menarik penyertaan wanita apabila dapat membantu membentuk keberanian dan mengubah pemahaman mengenai konsep ‘bela diri’.

Menurutnya, menyedari perkara tersebut, dia mengambil inisiatif menubuhkan persatuan di daerah ini bertujuan merekrut bakat baru termasuk yang berminat menyertai pertandingan.

“Ia menjadi platform kepada generasi muda mempelajari seni mempertahankan diri dengan disiplin tinggi sekali gus membentuk sahsiah diri.

“Kebanyakan remaja kini dilihat sangat berminat namun mereka tidak tahu di mana tempat untuk mempelajari teknik asas dan seterusnya bergiat aktif. Aktiviti begini perlu dilaksanakan kerana memenuhi cita rasa golongan muda sekali gus mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penubuhan persatuan itu, di sini.

Majlis perasmian disempurnakan Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi.

Mohd Rashid berkata, seni silat tinju atau tomoi mempunyai pergerakan menyeluruh bagi memastikan daya ketahanan, kestabilan dan serangan balas dilakukan dengan sempurna.

Menurutnya, setiap pergerakan dan teknik yang dilatih mempunyai kesenian serta keunikan kerana setiap anggota badan yang digunakan seharian adalah senjata peribadi.

Wanita Baju Kurung Bertomoi?

Tular di media sosial kelihatan 2 wanita lengkap berbaju kurung tetapi memakai sarung tinju dan bertomoi di tempat seakan akan gelanggang dan siap ada pengadil. Diberitahu bahawa keadaan ini berlaku di Thailand dimana satu majlis perkahwinan sedang dijalankan. Ini hanya salah satu pertunjukkan di majlis tersebut.

Bila lihat betul betul macam lepas geram pun ada 2 wanita tersebut. Mari layan video …

By: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *